
Sepanjang bulan Mac ini, Huawei Malaysia telah menganjurkan satu peraduan Check In di laman rasmi mereka.
Mulai 1hb Mac hingga 31hb Mac, pengguna hanya perlu log in laman rasmi Huawei sekurang-kurangnya 28 hari untuk melayakkan diri mendapat baucer diskaun bernilai RM300. Paling minimum log in selama 7 hari juga boleh mendapat baucer diskaun bernilai RM50.
⇓ Sangat mudah sahaja, log in laman rasmi HUAWEI, pilih check in.

⇓ Kumpul hari check in anda (1 hari = 1 poin)

⇓ Menebus ganjaran mengikut poin anda

Ganjaran:
• 7 poin boleh menebus diskaun RM50 (terhad kepada siri Huawei nova sahaja)

• 14 poin boleh menebus diskaun RM100 (untuk semua peranti)

• 21 poin boleh menebus diskaun RM150 (terhad kepada siri Huawei P dan Mate sahaja)

• 28 poin boleh menebus diskaun RM300 (untuk semua siri Huawei P, Mate dan Matebook)


