
honor Malaysia hari ini berkongsi gambar acah berkenaan acara terbesar yang bakal diadakan di Kuala Lumpur 12 Disember nanti. Dikhabarkan sebuah peranti jimat poket akan diperkenalkan. Ianya diberi nama honor 7X dengan spesifikasi ‘boleh tahan’ dengan skrin memanjang.

Pada acara honor X ering yang dianjurkan Sabtu lalu, kami dan beberapa peminat honor sempat melihat dengan lebih dekat peranti ini. Honor 7X menggunakan paparan dengan nisbah 18:9 bersaiz 5.93 inci tanpa sebarang butang di bahagian depan.
Kamera belakang yang diletakkan secara melintang hadir dengan kombinasi sensor 16+2 Megapiksel dengan bonggolan yang bukannya rata. Di dalamnya pula dikuasakan cip pemproses Kirin 659 bersama RAM 4GB serta storan seluas sehingga 128GB.

Bateri dibekalkan sebesar 3,340mAh disamping sistem operasi Android 7.0 Nougat dan EMUI 5.1. Peranti ini dipasarkan di China pada harga RMB1,299 iaitu kira-kira RM820 di Malaysia.
Apa-apa pun, kita tunggu sehingga majlis pelancarannya pertengahan Disember depan. Kekal bersama!

