
Seorang wanita dari Kedah berhabis RM38,940 membelikan telefon pintar OPPO F5 kepada pekerjanya. Beliau yang seorang ahli perniagaan dikatakan peminat tegar jenama OPPO. Sebanyak 30 unit OPPO F5 yang berharga RM1,298 seunit telah dibeli olehnya.

Ditanya mengapa memilih OPPO, beliau menjawab dia sendiri sudah menggunakan jenama ini dan sangat tertarik dengan ciri yang terbaru yang diperkenalkan. Lebih-lebih lagi, duta yang memperagakan OPPO F5 adalah selebriti yang cantik dan terkenal iaitu Dilireba dan Yoga Lin.
OPPO F5 yang memiliki skrin hampir penuh ini mula dipasarkan 11 November yang lalu. Dikatakan, tempahan yang dibuat untuk peranti ini adalah empat kali ganda lebih tinggi berbanding tempahan untuk model OPPO F1s terdahulu.

Ini disebabkan peranti OPPO F5 dimuatkan dengan kamera selfie pintar, ia boleh menangkap gambar dengan terang dan jelas walaupun keadaan cahaya yang malap. Harganya pula tidak begitu tinggi menjadikan pengguna tidak perlu berfikir panjang untuk mendapatkannya.
Bagi anda yang berminat, boleh membuat pembelian terus di gedung atas talian Lazada, 11street, dan Shoppe atau rakan telkom Celcom serta Senheng selain pengedar sah seluruh Malaysia.

