

Maybank telah pun mengemaskini aplikasi Maybank2U mereka , sekaligus menyajikan satu ciri baru dikenali sebagai MAE. Ciri baru di mana menawarkan sokongan dompet digital bagi memudahkan transaksi termasuk pemindahan wang dan membuat pembayaran.
Tahukah anda bahawa, anda juga boleh mendapat wang dengan hanya bermain game melaluinya? Ehhh..Biar betik? Jom kami ajar caranya… Ikut step by step okay!
LANGKAH 1 : Muat turun aplikasi “Maybank MY” dan log masuk ke akaun Maybank anda.
LANGKAH 2 : Klik pada pilihan [MAE] pada paparan tersebut.

LANGKAH 3 : Masukkan maklumat yang diminta : Email , kawasan tempat tinggal & kod jemputan (pilihan sahaja). (Pssst! Ini kod admin kot kalau nak ajak main sekali HAHA!)

LANGKAH 4 : Kemudian tekan log out. (Aplikasi akan meminta anda tambah wang untuk pengaktifan, tetapi anda boleh sahaja memilih untuk ABAIKAN & terus log out)

LANGKAH 5 : Log masuk semua ke akaun anda. Kemudian anda akan dapati ada ikon [M] di kanan bawah dan klik padanya.

LANGKAH 6 : Anda akan dapati ada ikon permainan kecil di sudut kanan bawah. So, klik padanya.

LANGKAH 7 : Mulakan permainan! (klik pada wang syiling, elakkan klik bom dan klik pada berlian boleh tambah 5 saat)

LANGKAH 8 : Selepas tamat permaian, anda boleh dapat wang percuma! Yey! Seronoknya…Main game pun boleh dapat duit la! Have a nice day gais!

Muat turun aplikasi secara percuma menerusi :
[ Baca Juga : [ Tutorial ] Mudahnya Guna Maybank Anytime Everyone (MAE)!!! ]

