

TikTok pastinya dapat mendekatkan lagi hubungan silaturahim sesama manusia dan ia mampu memberikan impak yang sangat besar dalam kehidupan seharian khususnya dengan kuasa penularan yang dimiliki oleh aplikasi ini. Pelbagai video yang mencuit hati serta kreatif dapat dilihat.
Disebalik keseronokan menggunakan aplikasi ini, terdapat segelintir masyarakat yang sering meninggalkan komen-komen yang kesat yang dilihat menjadi virus dalam aplikasi ini.

Justeru, pihak Tik Tok telah mengumumkan bahawa aplikasi tersebut akan disokong oleh penapis ruangan komen dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Lantas komen yang negatif seperti berbaur lucah, kesat dan menyakitkan hati boleh ditapis oleh pengguna sendiri . Pengguna perlu menaip perkataan yang ingin di tapis dan mereka boleh menaip sehingga 30 frasa.
Sokongan penapis ini dilakukan adalah sebahagian daripada kempen #BetterMeBetterInternet dengan kerjasama P.S. The Children Malaysia, Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia dan Yayasan Generasi Gemilang bagi kesedaran atas talian.
______________________________
Baca juga:
- Senarai Paling Trending Di Aplikasi TikTok Sepanjang Tahun 2018
- MWC 2019: HUAWEI Umum Bakal Bina Platform Servis Digital Terbaharu Bagi HUAWEI AppTouch
- MWC 2019: HUAWEI Rangkul 47 Anugerah Utama, Bukti Antara Jenama Terbaik Ketika Ini
- MWC 2019 : HUAWEI Mate X Dinobatkan Sebagai “Best Connected Mobile Device”
- Kejohanan Mobile Legends Professional League (MPL) Musim Ketiga Kini Telah Bermula!

