
Hello Samsung Galaxy Note 7
Apa khabar peminat Samsung? Sebelum ini eRing ada melaporkan Pendedahan Casing Keluaran Olixar telah memberi petunjuk kepada orang ramai tentang rekaan Samsung Galaxy Note 7.
Terbaru muncul pula gambar leak Galaxy Note 7 di laman sesawang, sudahkah anda melihat? Mari eRing belanja anda semua gambar penuh model tersebut.
Berdasarkan gambar leak, reka bentuk Galaxy Note 7 masih hampir sama seperti model lalu, namun kali ini ia hadir dengan skrin sisi melengkung dan juga pengimbas retina, sesuatu yang kami tidak sabar mahu mencubanya. Smartphone bersaiz 5.7 inci ini hadir dalam pilihan warna Black Onyx, Silver Titanium dan Blue Coral.
Dijangkakan bahawa peranti ini akan dilancarkan dalam masa kurang dari sebulan, ayuh kita tunggu dan lihat bagaimana rupa dan spesifikasi sebenar model ini nanti.