
Wattpad
Ada gemar membaca buku-buku yang dikeluarkan oleh penulis terkenal secara offline? Apa kata anda muat turun aplikasi untuk pengguna Windows Phone iaitu Wattpad. Terdapat beberapa kategori yang telah diasingkan seperti Romance, fanfic, non-fiction, mystery, fantasy, memoirs, travelogues, short stories dan memes, bagi memudahkan mencari cerita yang diinginkan.
Selain itu, anda boleh berkomunikasi dengan penulis terkenal dan pembaca lain dengan adanya ruangan chat yang disediakan. Lebih menarik lagi, pengguna boleh menulis cerita sendiri dan kongsikan penulisan tersebut ke komuniti Wattpad. Buku-buku yang menarik minat anda kini boleh disimpan di ruangan perpustakaan untuk dibaca .
Muat Turun
- RM 0
- 7.64 MB – 20.38 MB
- Windows Phone 8.1 dan ke atas