Beli Peranti vivo Dan Dapatkan Hadiah Menarik Sempena Tahun Baru Cina Ini

Bersempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal disambut bulan hadapan, vivo hari ini mengumumkan mereka kini mengadakan promosi menarik menawarkan barisan telefon pintar pada harga lebih rendah.

Bermula 15 Januari sehingga 31 Januari 2018, anda boleh mendapatkan potongan harga sebanyak RM200 untuk setiap pembelian telefon pintar vivo terpilih. Ia boleh didapati di laman e-dagang terkemuka Malaysia antaranya Lazada, 11street, dan Shopee.

Hadiah seperti bag galas edisi terhad, kad memori 16GB, dan kertas Angpau berwarna merah akan diberikan sekiranya anda membeli vivo V7. Sementara, untuk pembelian vivo Y69 dan Y65, anda akan menerima thermos vivo serta kalendar 2018 manakala, pembelian vivo Y25 didatangkan bersama kameja-T FIFA 2018. Lebih menarik lagi, mana-mana pembelian untuk siri Y akan turut menerima pelindung skrin (tempered glass) di samping kertas Angpau Tahun Baru Cina edisi 2018.

Dalam masa sama, promosi turut dijalankan sehingga 7 Februari 2018 di paltfom e-dagang terpilih. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Facebook vivo Malaysia.

You might also like