[Tertiris] Gambar Serta Kapasiti Bateri Alcatel A3A XL Diperolehi Dari FCC

Alcatel bukanlah satu jenama yang gah jika dibandingkan dengan jenama telefon pintar yang lain di negara ini. Namun itu tidak bererti Alcatel tidak berdaya saing kerana baru-baru ini satu sumber telah mendedahkan kemunculan model terbaru Alcatel yang diperolehi dari FCC.

Melalui maklumat yang diterima, Alcatel bakal tampil dengan model terbaru keluarannya iaitu A3A XL yang menggunakan kod model 5099. Namun begitu hanya sekeping gambar sahaja yang berjaya diperolehi dan ia jelas menunjukkan sokongan dwi kamera serta sensor pengimbas cap jari pada panel belakang peranti ini.

Alcatel A3A XL juga berkemungkinan besar akan diperkenalkan dalam dua variasi berbeza iaitu 5099A dan juga 5099D (4G LTE). Selain itu ia juga dipercayai akan menyokong bateri terbina-dalam berkapasiti 2900 mAh dan juga sambungan Bluetooth v4.2+HS.

You might also like