Pelancaran LEAGOO Shark 1 Tampil Memperlihatkan Skrin 6 Inci Serta Bateri 6300mAh

DSC_0024Jenama LEAGOO yang boleh dianggap masih baru dalam arena telefon pintar di negara ini sememangnya memiliki keistimewaannya yang tersendiri berbanding jenama popular sedia ada. Ini kerana ia lebih memfokuskan pada segmen pembuatan telefon pintar dengan sokongan spesifikasi menarik pada harga jualan di bawah RM1,000.

3_meitu_10Baru-baru ini LEAGOO dengan bangganya telah melancarkan peranti flagship terbarunya untuk pasaran tempatan dengan kemunculan Shark 1. Di dalam majlis itu juga, LEAGOO turut mengambil kesempatan untuk mengumumkan perlantikan pelakon Zul Ariffin sebagai duta produknya.

LEAGOO Shark 1 yang dioperasikan dengan LEAGOO OS 1.2 berasaskan Android 5.1 Lollipop ini telah dikuasakan oleh pemproses Octa Core daripada MediaTek MT6753 yang berkelajuan 1.3GHz. Ia juga telah dilengkapi dengan RAM berkapasiti 3GB yang sudah cukup untuk menjanjikan kelancaran pengoperasian peranti mampu milik ini.

Tidak cukup dengan itu, paparan skrin 2.5D sebesar 6 inci dengan resolusi HD Penuh ini juga membolehkan anda menikmati pengalaman terbaik multimedia tanpa henti dengan sokongan kapasiti bateri mencecah sehingga 6300mAh. Malah masa mengecas juga terasa lebih pantas dengan adanya sokongan teknologi pengecas pantas ‘Pump Express Flash Charge 9V/3A’. Selain itu, aspek keselamatan juga lebih terjamin dengan penyediaan pengimbas cap jari pada panel belakang peranti ini.

rsz_leagoo_shark_1
LEAGOO Shark 1 yang tampil dengan sokongan spesifikasi menarik ini juga bakal diiktiraf di dalam Rekod Dunia Guinness sebagai peranti ternipis dengan sokongan kapasiti bateri terbesar di dunia.

Harga jualan bagi peranti LEAGOO SHARK 1 adalah RM 999, layari laman rasmi https://www.leagoo.com.my/ untuk maklumat selanjutnya.

You might also like