Bawa Pulang Galaxy Note9 Sempena Sambutan Akhir Tahun Dengan Samsung Rewards Points

Samsung Malaysia ada peraduan lagi khusus pengguna Samsung Pay! Sempena sambutan akhir tahun 2019, pengguna Samsung Pay boleh membawa pulang hadiah menarik hanya dengan menggunakan 250 Samsung Rewards Points.

Peraduan ini bermula 9 ~ 31 Disember 2019, hadiah menarik termasuk:
  • Hadiah Utama – Galaxy Note9 x 1 unit
  • Hadiah Kedua – Galaxy A9 x 2 unit
  • Hadiah Ketiga – Galaxy Watch 42mm x 2 unit
  • Hadiah Istimewa – ITFIT Bluetooth Selfie Stick x 5 unit
  • Hadiah Saguhati – 5 keping kad Starbucks RM10 x 15 set

Bagi menyertai peraduan ini, anda hanya perlu ikuti langkah mudah seperti di bawah:
  1. Aktifkan aplikasi Samsung Pay dan pilih “Promotion”
  2. Klik “Join Now”
  3. Lengkapkan soalan “How will you be using Samsung Pay during the Year End Sales?” dalam 150 patah perkataan dan hantar
  4. Anda akan menerima kod unik 10 digit dalam bentuk e-baucar sebaik sahaja penyertaan dihantar

Jawapan boleh dihantar dengan penyertaan berganda melalui “Get More Entries”, dan bagi setiap penyertaan akan menggunakan 250 Samsung Rewards Points. Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang paling kreatif dan menarik, maklumat lanjut boleh layari Samsung.

 

You might also like