Apple Melabur RM867 Juta Dalam Teknologi Corning Gorilla® Glass

Teknologi Gorilla Glass yang begitu tahan lasak dan berteknologi tinggi tidak boleh disangkal lagi. Disebabkan itu, Apple ingin melanjutkan lagi malah akan terus bekerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan untuk memantapkan lagi kualiti dalam produk-produk keluaran mereka.

Ketua Pegawai Kewangan Apple, Jeff Williams telah menulis sebuah komen berbunyi:

“Apple menganggap Corning adalah contoh yang baik daripada pembekal yang terus berinovasi dan mereka adalah salah satu pembekal lama Apple. Perkongsian ini bermula 10 tahun yang lalu dengan iPhone yang pertama, dan hari ini setiap pelanggan yang membeli iPhone atau iPad mana-mana sahaja di dunia menyentuh kaca yang telah dibangunkan di Amerika. Kami amat berbangga dengan kerjasama kami selama ini dan kita akan melabur lagi dengan Corning yang mempunyai apa-apa warisan yang kaya dengan amalan pembuatan yang inovatif.”

Ia adalah satu langkah yang cukup menarik yang datang dengan matlamat utama untuk menyokong perniagaan di Amerika Syarikat sendiri. Cupertino (Apple) mendakwa ia akan memberi manfaat kepada 2 juta pekerjaan di Amerika Syarikat, termasuk syarikat-syarikat dari rantaian bekalan sendiri tetapi tidak tehad kepada 450,000 jawatan.

Inisiatif ini telah diumumkan beberapa hari lalu oleh Tim Cook dalam tujuan utamanya adalah pelaburan sekurang-kurangnya USD 1 bilion dengan syarikat-syarikat pembuatan yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

 

You might also like