
Microsoft ketengahkan Tema Retro Berlatar Tahun 1985 Bersempena Demam Drama ‘Stranger Things’
Bersempena dengan tayangan drama bersiri terkenal ‘Stranger Things 3’, Microsoft telah mengadakan kempen bertemakan Windows 1.0. Justeru mereka telah menawarkan latar belakang khas bertemakan drama tersebut.
Drama ini berlaku pada sekitar tahun 1985 yang memberikan elemen retro. Justeru, Microsoft telah menyediakan “Windows Throwback Vintage Theme Wallpaper Pack” yang dihadirkan dengan 10 latar belakang dengan rekaan yang berbeza tetapi menerapkan elemen retro.
Kesemua latar belakang ini diinsiprasikan dari Windows 1.0. Sungguhpun bertemakan retro, tetapi Microsoft menyajikan resolusi dalam 4K.
Kesemua latar belakang ini adalah percuma dan boleh dimuat turun di Windows Store. Cara mengaktifkan laman Personalization > Themes.