Microsoft Merasmikan Game Mode

2Microsoft menambah “Game Mode” ke dalam Windows 10 yang akan mengoptimumkan prestasi sistem komputer untuk bermain permainan video. Tidak lama dahulu kami ada kongsikan berita mengenai Game Mode ini, sekarang mari kita lihat dengan lebih lanjut mod yang baru sahaja diperkenalkan oleh Microsoft.

Game Mode menganalisa dan membahagikan kerja di antara pemproses CPU dan GPU untuk menjalankan permainan anda dengan lebih lancar. Microsoft berkata, konsep yang mudah ini akan memberikan frame rate yang lebih tinggi berbanding mod normal.

1Selain Game Mode, Microsoft juga memperkenalkan beberapa fungsi baru berkaitan permainan. Dengan menekan Windows + G anda boleh mengaktifkan Game Bar untuk mengakses dengan pantas fungsi screenshot, rakaman video, dan siaran pada platform Beam.

Mod-mod baru ini akan dilancarkan kepada pengguna dengan akses binaan awal Windows sebelum ia dilancarkan secara global.

You might also like