
Hujung tahun 2016, Uber telah meluaskan operasi mereka ke Seremban! Tahun 2017, mereka memulakan langkah pertama dengan menjejakkan operasi mereka ke bandar Kuantan pula.
Bermula sekarang, penduduk dan pengunjung yang berada di Kuantan sudah boleh menggunakan aplikasi Uber bagi mendapatkan servis ridesharing untuk bergerak ke mana-mana pada kadar yang lebih mesra ekonomi.
Selain itu, bagi mereka yang ingin menambah pendapatan, terutamanya kepada penduduk Kuantan, anda bolehlah mendaftarkan diri sebagai pemandu Uber. Anda boleh baca dahulu syarat-syarat menjadi pemandu Uber dan juga melakukan pendaftaran di laman rasmi Uber.

