
Hugo Barra Menyertai Facebook!
Kejayaan Xiaomi menembusi pasaran global dan mencipta nama sebagai salah satu pengeluar produk pintar yang terkemuka adalah hasil usaha bersama pakar teknologi, pereka dan juga semua yang terlibat secara langsung dengan jenama Xiaomi itu sendiri. Namun, jasa dan tenaga yang telah dicurahkan Hugo Barra mungkin merupakan faktor terbesar mengapa Xiaomi kini terkenal di mata dunia.
Beberapa hari lalu, Hugo Barra mengumumkan yang beliau akan meninggalkan jawatan naib presiden yang disandangnya di Xiaomi, namun pada ketika ini langkah seterus Hugo Barra masih lagi misteri. Hari ini misteri tersebut dirungkai apabila Mark Zuckerberg mengumumkan bahawa Hugo Barra akan menyertai Facebook untuk mengetuai divisyen VR Facebook.
Pengumuman tersebut juga dilakukan dengan cara yang amat cerdik. Mark Zuckerberg memuat naik gambar avatar beliau dan Hugo Barra yang sedang duduk beristirehat di ruang pejabat, satu sneak peek ke dunia teknologi VR, ketika ini Hugo Barra masih lagi di China.

