Beberapa Unit Samsung Galaxy S7 Edge Mempunyai Masalah Skrin

2Beberapa pemilik Samsung Galaxy S7 Edge berkongsi masalah paparan mereka ke dalam Internet. Masalah paparan ini menunjukkan garis merah jambu yang muncul dan apa yang menarik adalah garis merah jambu ini nampaknya muncul di lokasi yang sama.

Sebaik sahaja beberapa pengguna melaporkan masalah ini di satu laman perkongsian, semakin ramai pengguna berkongsi bahawa peranti Galaxy S7 Edge mereka terjejas dengan masalah yang sama. Senario yang sama boleh dilihat di laman forum Samsung.

1Wakil Samsung US menyarankan di forum tersebut agar peranti yang terjejas dengan garis merah jambu itu dibawa ke pusat Samsung untuk diperiksa. Adakah pemilik Samsung Galaxy S7 Edge di Malaysia mempunyai masalah ini? Sila kongsikan…

You might also like