Google Isytihar Perang Kepada Iklan Muat Turun Automatik

3117
- Iklan -

1Google menyatakan komitmen mereka dalam memberikan pengalaman satu ekosistem atas talian yang selamat kepada pengguna dengan mula membanteras iklan pop-up yang berleluasa di laman sesawang, terutamanya di dalam web versi mobil.

Pasti ramai yang pernah terkena apabila anda melayari laman web dan secara tiba-tiba anda tertekan paparan iklan yang mengaktifkan muat turun pelbagai fail. Iklan dengan kod pengaktifan muat turun ini telah muncul secara mendadak pada tahun 2016.

2Menurut Google, jelas sekali jika anda menjumpai iklan jenis ini, anda boleh pergi ke laman Google AdSense untuk melaporkan iklan tersebut. Google akan menyiasat perkara tersebut dan mengambil langkah sewajarnya.