
Canon jenama yang tidak asing lagi di Malaysia baru-baru ini membawa masuk produk terbaru iaitu EOS M100, sebuah kamera dalam siri EOS M. Kamera mirrorless yang ditampilkan ini adalah sebuah kamera berbadan kompak dengan keupayaan setanding DSLR.

EOS M100 direka menerusi kombinasi lensa 24.2 Megapiksel menggunakan sensor APS-C menjanjikan gambar diambil lebih jelas dan terang. Sementara Dual Pixel CMOS pula membolehkan ia menangkap gambar dengan tepat walaupun objek yang sedang bergerak.
Ciri utama yang diketengahkan ialah mod Self-Potrait dan Smooth-Skin membolehkan pengguna melaras keterangan, efek latar belakang, pemasa-sendiri, atau tahap kecantikan kulit dengan mudah melalui skrin.

Skrin paparan LCD yang disediakan pula boleh dilipat sehingga 180 darjah malah bodi seberat 302g juga didatangkan dengan pilihan warna kelabu, putih, dan hitam.
Video rakaman HD penuh 60 fps kini boleh dipindahkan ke telefon pintar melalui aplikasi Canon Image Gateway menggunakan WiFi atau NFC.

Bersama-sama pengenalan EOS M100, Canon turut menampilkan printer gambar tanpa wayar iaitu SELPHY CP1300. Ia direka bagi memudahkan penggemar fotografi malah printer mudah alih ini mampu mencetak gambar dengan kualiti yang baik.
Kedua-dua produk ini sudah mula dijual di Lazada dan Canon Image Square serta pengedar sah seluruh Malaysia. EOS M100 dijual pada harga bermula RM2,499 manakala SELPHY CP1300 dengan tanda harga RM599 seunit.

Dalam masa sama, Canon turut mengadakan peraduan dimana anda boleh berkongsi gambar dan tip fesyen. Pemenang akan dipilih berdasarkan pakaian terbaik dengan imej yang kreatif untuk memenangi hadiah merupakan sebuah kamera EOS M100.
Untuk info lanjut, boleh layari Facebook Canon Malaysia. Kempen berlangsung pada 8 November sehingga 20 Disember 2017.

