Kemaskini iOS 12.1 Kini Ditawarkan

813
- Iklan -

Sempena pelancaran Apple Special Events, pihak Apple juga mengumumkan kemaskini iOS 12.1 untuk pengguna iPhone dan iPad. Sebilangan ciri-ciri baharu telah disertakan sekali dalam pengemaskinian kali ini.

Salah satu ciri baharu yang difokuskan adalah sokongan FaceTime secara kumpulan telah ditambahkan kepada 32 orang pada waktu yang sama, selain itu lebih daripada 70 emoji baharu juga hadir sekali dalam pengemaskinian iOS 12.1.

Sokongan dwi SIM pada iPhone XS, XS Max dan XR juga telah diaktifkan, di mana pilihan ini akan lebih memudahkan telco dalam menawarkan sokongan dwi SIM melalui penggunaan e-SIM. Masalah #Beautygate pada pilihan Smart HDR juga telah dikemaskini pada iOS 12.1.

[SUMBER]

 

Baca Juga: