

Pastinya peminat komputer gaming tidak sabar untuk menantikan keluaran terbaharu ASUS iaitu ASUS TUF Gaming FX505 yang mana ia merupakan satu upgrade dari model yang terdahulu iaitu FX504. Jom lihat apa peningkatan yang telah dilakukan pada FX505.
Harga ASUS TUF GAMING
FX505 (15.6 inci)
- Red Matter : RM3,699
- Gold Steel : RM4,399
FX705 (17.3 inci)
- Red Matter : RM4,999
- Gold Steel : RM5,299
Keunikan Rekaan
Rekaan model FX505 ini direka dengan elemen futuristik, ia sangat kukuh dan kompak. Bahagian sebelah kiri komputer riba ini dilengkapi dengan port DCIN, RJ-45 Jack, HDMI 2.0, USB 2.0, 2 port untuk USB 3.1 Gen1 dan 3.5 mm Audio Jack.

Logo ASUS di bahagian belakang skrin akan bernyala apabila komputer dihidupkan, dan sebelah kanan pula dibiarkan tanpa diletakkan sebarang port.


Spesifikasi Ditahap yang Unggul
FX505 menggunakan Windows 10 Pro dan dilengkapi dengan cip pemproses Intel Core i7-8750H dan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060, serta 144Hz high-refresh rate NanoEdge displays, gigabit Ethernet and gigabit-class Wi-Fi, dan DTS surround-sound audio.
Komputer ini turut disertakan dengan 16GB DDR4 RAM (2x DIMMs) dan storan 128GB SSD (M.2 PCIe) + 1TB 5400 rpm HDD (2.5″).
|
Pemproses |
|
|
Sistem Operasi |
Windows 10 Home – ASUS recommends Windows 10 Pro |
| Cipset | Intel® HM370 Express Cipset |
| Memori |
|
| Paparan |
|
| Grafik |
|
| Storan | Hard drive: 1TB 7200 rpm SATA HDD Solid state drive: 128GB/256GB PCIe® Gen3 SSD |
Paparan yang Kemas, Grafik yang Menakjubkan
Rekaan NanoEdge pada sisi bezel yang nipis menghasilkan pengalaman visual yang menakjubkan. Bagi paparan grafik pula, komputer riba ini adalah 15.6-inci IPS dan mempunyai 144Hz refresh rate serta mempunyai sudut pandang 170 darjah.

Ia turut mempunyai sRGB 100% warna gamut yang nyata memaparkan visual yang kemas dan mengelakkan blur. Kualiti yang dipamerkan pada model ini sangat sesuai bagi permainan video.
Speaker yang Mengasyikkan
Speaker juga sangat penting dalam mencapai kepuasan ketika bermain permainan video. Justeru ASUS telah menggunakan teknologi DTS Headphone:X yang mana diintegrasikan melalui fon kepala atau speaker. Justeru ia sangat sesuai untuk bermain game, menonton movie, mendengar lagu dan sebagainya.
Bateri
Terdiri daripada 4 -Cell 2526mAh 48Wh Polymer bateri, jadi ia boleh bertahan lama walaupun ketika bermain permainan video. Kami telah menguji kadar kepantasan FX505 ini untuk mengecas dan ternyata ia mengambil masa yang tidak terlalu lama untuk cas sehingga 100%.

Kami mula mengecas komputer riba riba pada 8% iaitu pada jam 12.43 tengah hari dan selesai padai pada jam 2.47 petang. Masa yang diambil bagi mengecas penuh adalah sekitar 2 jam sahaja.
Ciri-ciri Menarik
Papan kekunci yang Menarik dan Selesa
Papan kekunci model ini mempunyai 1.8mm jarak kekunci dan teknologi eksklusif ASUS Overstroke telah memberikan kadar respond yang baik, bahkan juga memberikan gamer kelebihan serta memberikan keselesaan ketika menaip.

Bagi papan kekunci model ini, ia disertakan dengan RGB-backlighting. Susunan papan kekunci yang agak kemas. Namun segelintir pengguna kurang selesa dengan kedudukan di antara butang arrows dan Numpad yang boleh membuatkan pengguna sedikit keliru.

Namun ia masih berasa selasa dan sesuai untuk kegunaan harian. Dengan teknologi HyperStrike pastinya ketepatan menaip dan memperbaiki ergonomik disebabkan oleh susunan WASD yang berwarna lain, Spacebar yang lebih luas dan jarak yang boleh dikenalpasti di antara kekunci fungsi.
Sistem Penyejukkan di Tahap Terbaik
Ia juga disertakan dengan sistem penyejukkan yang dinamakan hypercool techonology yang terdiri daripada Anti dust cooling, dua kipas dan overboost fan untuk menlindungi CPU dan GPU.

Bagi Anti dust tunnel (ADT) yang mempunyai rekaan dalaman yang akan mengeluarkan partikel habuk dan kotoran keluar daripada casis yang terletak di hujung kipas.
Fan boost pula adalah sistem yang boleh melaraskan kepantasan kipas mengikut suhu CPU dan GPU.

Pengguna mempunyai pilihan Fan Overboost, Balanced, dan Silent modes yang boleh digunakan mengikut keadaan. Pengudaraan yang dioptimumkan ini berlaku apabila dua kipas telah diletakkan untuk memaksimumkan sistem pengudaraan.

Kipas ini akan mengepam udara panas keluar. Cara mudah untuk mengaktifkan Overboost ialah dengan menekan butang FN + F5. Anda boleh memilih sama ada untuk menggunakan Silent Mode, Balance atau Overboost.
Keupayaan Untuk Load Game Dengan Lebih Pantas
Dengan 1TB 5400rpm FireCuda SSHD loads games pastinya akan membuatkan pengalaman bermain permainan video lebih lancar. Anda boleh load game dengan lebih laju dan ini membolehkan anda untuk bermain game tanpa sebarang gangguan.
Dalam pada itu, beberapa ujian telah dijalankan menggunakan aplikasi User Benchmark dan CrystalDiskMark. Menurut hasil dapatan daripada 2 ujian tersebut, FX505 tidak mempunyai masalah yang ketara yang mana prestasinya berada pada tahap yang baik.
Keputusan Ujian menggunakan Userbenchmark

Keputusan Ujian menggunakan CrystalDisk Benchmark
Pengalaman bermain Dota menggunakan model ini sangat bagus, tanpa ada sebarang Lag atau distortion. Ditambah dengan grafik yang sangat baik dan kawalan kekunci yang sangat mudah, memudahkan permainan game ini berjalan.
Kamera Komputer
Dari segi kamera pula, komputer riba ini boleh dikatakan sebagai memuaskan jika dibandingkan dengan komputer riba yang baik. Walaupun komputer ini memberikan fokus ypada kepuasan permainan Video, namun kamera komputer ini masih tidak mengecewakan.

Kebaikan
- Grafik yang kemas ketika bermain permain video pada komputer riba ini
- Kawalan yang mudah ketika bermain permainan video
- Sistem penyejukkan yang efisien
- Badan yang tahan lasak
Kekurangan
- Papan kekunci yang sedikit pelik pada butang arrows dan Numpad kerana susunan yang menyukarkan sedikit. Mungkin akan berlaku kekeliruan ketika menekan butang tersebut ketika bermain game.
- Kedudukan kesemua port yang berada di sebelah kiri kelihatan agak “sempit”.
Ulasan
Secara keseluruhan, prestasi ASUS TUF FX505 berada pada tahap terbaik kerana pengalaman menggunakan komputer ini untuk bermain permainan video sangat baik tanpa sebarang gangguan. Tiada sebarang lag ketika bermain game atau melakukan sebarang kerja menggunakan komputer riba ini.
Kelancaran komputer riba ini tidak dapat dinafikan lagi khususnya ketika bermain game pada grafik yang sangat tinggi. Kualiti audio juga sangat baik yang mampu memberikan kepuasan kepada pengguna sama ada ketika bermain game atau mendengar muzik atau menonton Youtube. Jadi kepada peminat game anda pastinya tidak mahu ketinggalan memilik komputer riba ini.
Baca Juga:
- ASUS TUF Gaming FX505 Kini Di Pasaran
- Reviu Eksklusif: ASUS TUF Gaming FX504, Laptop Gaming Mampu Milik Dengan Rekaan Menarik
- Reviu Eksklusif: Permainan Game Dengan ASUS ROG Phone Di Tahap Maksima
- Reviu Eksklusif: Keunggulan Spesifikasi ASUS ROG Phone

