- Iklan -

ASUS TUF Gaming FX505 Kini Di Pasaran

ASUS telah melancarkan komputer riba terbaharu iaitu ASUS TUF GAMING FX505 yang menjanjikan kepuasan dalam permainan game.

Komputer riba ini mempunyai 2 saiz iaitu 15 inci dan 17 inci dengan warna Red Matter dan Gold Steel.

Bagi Red Matter bersaiz 15 inci, ia dijual pada harga RM3699 manakala bagi Gold steel bersaiz 15 inci pula dijual pada harga 4399.

Bagi saiz 17 inci pula, Red Matter dijual pada harga RM4999 dan Gold Steel pula berharga RM5299.

Pelancaran produk ini telah dijalankan di Battle Arena petaling Jaya.       .

Komputer riba terbaharu ini dilengkapi dengan ciri-ciri yang menarik. Berikut merupakan antara ciri-ciri yang terdapat dalam ASUS TUF GAMING FX505.

  •  Paparan skrin Nano Edge dengan refresh rate 144HZ, 100% sRGB gamut warna.
  • Windows 10 Pro, Intel Core i7-8750H dengan Nvidia GeForce GTX 10 Series.
  •  RGB Backlit Keyboard
  •  Teknologi Hypercool
  •  DTS Headphone: X™ technology menghasilkan kualiti bunyi yang menakjubkan dengan high-fidelity 7.1-channel
  • hexa-core processor sehingga 32GB dengan dual-channel DDR4 2666MHz memory

Apa yang menarik selain spesifikasinya, komputer riba ini juga melepasi standard ketenteraan iaitu MIL-STD 810g yang mana ia mampu untuk menghadapi situasi seperti gegaran, suhu tinggi, kelembapan, tekanan dan radiasi solar.

Ketika majlis pelancaran, simulasi melompat di atas komputer tersebut telah dilakukan bagi menunjukkan tahap ketahanan komputer tersebut.

Buat peminat ASUS pastinya menantikan keluaran terbaharu ini kerana ia pastinya menepati ciri-ciri yang anda inginkan untuk permainan video di komputer riba anda.

You might also like