Reka Bentuk HUAWEI Mate X2 Didedahkan? Sokong Persediaan Stylus Secara Terbina?

Generasi seterusnya peranti lipat HUAWEI yang dikenali sebagai HUAWEI Mate X2 dijangka dilancarkan pada suku 3 tahun ini. Lebih menarik, reka bentuk peranti kini didakwa telah didedahkan – sekaligus memberi gambaran mengenai persediaan peranti.

Memetik paten tersebar, HUAWEI Mate X2 didatangkan dengan reka bentuk sedikit berbeza di mana paparan lipatan adalah ke dalam dan disertakan dengan sidebar menegak menegak yang menampakkan paparan sekunder. Menariknya, sidebar ini dikatakan bakal menjadi ‘rumah’ stylus.

Selain itu, ia juga mungkin menyertakan empat kamera utama dan dwi kamera selfie – terdapat ketersediaan LED Flash yang berfungsi sebagai kamera selfie apabila peranti dilipat. Jika diperhati, peranti mempunyai sudut sedikit melengkung berbanding generasi sebelum ini.

Pun begitu, paten tersebut tidak mendedahkan sebarang spesifikasi utama peranti. Mungkin kita bakal mendengarnya pada masa akan datang? Sama – sama kita tunggu dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

[ S U M B E R ]

You might also like