Tiada Model Nintendo Switch Baharu Pada Tahun Ini

Khabar angin mengenai Nintendo merancang untuk melepaskan model “Pro” yang dipertingkatkan daripada Nintendo Switch bertiup kencang sebelum ini. Namun, khabar angin itu ditepis oleh Presiden Nintendo Shuntaro Furukawa yang menyatakan bahawa mereka tiada sebarang perancangan untuk melancarkan model baharu Switch pada tahun ini.

Pendedahan ini sekaligus memberi gambaran yang jelas Nintendo hanya mengekalkan dan memberikan tumpuan lebih banyak kepada sistem dua model sahaja – termasuk Switch Lite yang dilancarkan beberapa bulan lalu. Pun begitu, mereka muncul dengan sesuatu yang menarik iaitu game terbaru untuk Nintendo Switch iaitu Animal Crossing: New Horizons – akan datang pada bulan Mac kelak.

[ S U M B E R ]

You might also like