- Iklan -

Cellarity bekerjasama dengan Excelra untuk membangun pangkalan data GOSTAR bagi memperkayakan platform penemuan ubat-ubatannya

HYDERABAD, India dan CAMBRIDGE, Mass., 5 November 2020 /PRNewswire/ — Excelra, sebuah syarikat peneraju global dalam sains data & analisis data global dan Cellarity, sebuah syarikat perintis utama yang melakukan pembangunan generasi baharu ubat-ubatan untuk merawat penyakit pada tahap tingkah laku sel, hari ini telah mengumumkan perjanjian di mana Excelra akan memberikan Cellarity akses ke pangkalan data Hubungan Aktiviti Struktur Dalam Talian Globalnya (GOSTAR).

GOSTAR ialah platform kecerdasan kimia perubatan molekul kecil yang terbesar di dunia yang merangkumi lebih daripada 8 juta sebatian, menghubungkan struktur kimia dengan aktiviti biologi, farmakologi dan terapeutik. Dengan pangkalan pengetahuan yang luas sebanyak 28 juta mata data SAR, GOSTAR melengkapkan para penyelidik pada peringkat awal dan juga peringkat pengoptimuman penemuan ubat-ubatan.

Platform penemuan ubat-ubatan Cellarity menggunakan data biologi resolusi tinggi dan keupayaan pembelajaran mesin yang unik untuk mempelopori pendekatan yang sama sekali baharu dalam penemuan ubat-ubatan. Cellarity merancang ubat-ubatan yang mensasarkan dan mengubah tingkah laku sel untuk membuka rawatan pada sebahagian besar kawasan berpenyakit. “Kami tidak sabar-sabar untuk menggunakan data GOSTAR anotasi berkualiti tinggi pada berjuta-juta molekul kecil, sambil memanfaatkan modul AI/ML milik Cellarity untuk menghasilkan molekul seumpama ubat yang dapat diramalkan yang pada akhirnya memacu reka bentuk terapi Cell Behavior-Targeted novel. Penilaian awal kami memberi kami keyakinan terhadap utiliti pangkalan data GOSTAR,” kata Ramakanth Sarabu, Ketua Kimia, Cellarity. 

“GOSTAR adalah pangkalan data hubungan aktiviti struktur yang banyak digunakan dalam program penemuan ubat-ubatan yang dipacu oleh AI/ML. Kami sangat yakin bahawa kerjasama ini melengkapkan AI/ML dan penyelidik kimia perubatan di Cellarity untuk menggunakan interaksi berjuta-juta molekul kecil dengan sasaran ubat-ubatan berpotensi untuk menghasilkan sebatian baharu dengan profil farmakologi yang diinginkan,” kata Raveendra Dayam, Pengarah, Perkhidmatan Kimia, Excelra. 

Tentang Cellarity:

Cellarity adalah syarikat terapi pertama seumpamanya yang menemui dan mengembangkan ubat-ubatan dengan mengkaji dan mengubah tingkah laku sel. Cellarity telah mengembangkan platform yang kukuh dan dapat digeneralisasikan untuk memanfaatkan teknologi sel tunggal, pembelajaran mesin dan model data proprietari penyakit untuk mengungkap keadaan rangkaian sel tertentu. Platform ini mendigitalkan dan mengukur tingkah laku selular, menguraikan dinamika rangkaian yang mengatur tingkah laku tersebut dan menghasilkan ubat-ubatan yang dapat mengarahkannya. https://cellarity.com/

Tentang Excelra: 

Penyelesaian data sains dan analitik Excelra telah memperkayakan inovasi sains hayat. Penemuan Excelra datangnya dari penggabungan siri aset data, kemahiran domain dan data sains, untuk mempercepatkan penyelidikan dan pembangunan ubat-ubatan. Sila layari www.excelra.com

Sila hubungi:
Dorothy Paul– Pengarah Pemasaran
dorothy.paul@excelra.com 

Logo: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/11/cellarity-bekerjasama-dengan-excelra-untuk-membangun-pangkalan-data-gostar-bagi-memperkayakan-platform-penemuan-ubat-ubatannya.jpg

Keywords: Biotechnology Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Contracts Data Analytics

Source: PRNEWSWIRE

You might also like