
HUAWEI Rasmikan Peranti Terbaharunya Siri HUAWEI MAte 40!! – Dijual Pada Harga Bermula Dari RM4407!!

HUAWEI baru sahaja memperkenalkan peranti terbaharunya yang dikenali sebagai siri HUAWEI Mate 40 yang mana yang hadir dalam 2 varian iaitu MAte 40 dan Mate 40 Pro.

Kedua-dua peranti ini hadir dengan skrin yang sangat baik yang mana HUAWEI Mate 40 6.5″ FHD+ OLED manakala bagi Mate 40 Pro pula ia hadir dengan 6.67″ FHD+.

Dari aspek dalaman pula, ia hadir dengan cip pemproses yang sangat berkuasa Krin 9000 5nm 5G. Kedua-dua peranti ini hadir dengan RAM 8GB dan storan pula 256GB.

Jika kita lihat dari aspek kamera pula, HUAWEI Mate 40 hadir dengan 50MP Ultra Vision Camera (f/1.9) + 16MP Ultra Wide Angle (f/2.2) + 8MP 3x Telefoto ( f/2.4) + Laser Camera bagi kamera belakang dan 13MP (f/2.4) bagi kamera hadapan. Bagi Mate 40 Pro pula, ia hadir dengan 50MP Ultra Vision Camera (f/1.9) + 20MP Ultra Wide Angle (f/1.8) + 12MP Telefoto (5x Optical Zoom, f/3.4 OIS) + Laser Camera bagi kamera belakang dan 13MP (f/2.4) + 3D Depth Sensing Camera.

Bateri juga tidak mengecewakan apabila ia hadir dengan dengan 4200mAh dan pengecasan pantas 40W. Mate 40 Pro pula hadir dengan 4400mAh dan hadir dengan pengecasan pantas 66W dengan wayar dan 50W tanpa wayar.
Berikut adalah harga jualan bagi peranti ini:
- Mate 40: 899Euro (kira-kira RM4407)
- Mate 40 Pro: 1199Euro (kira-kira RM5876)
- Mate 40 Pro+: 1399 Euro (kira-kira6856)