Pakar Selfie OPPO F1s Tampil Misteri Dengan Warna Baru Hitam

901003-107-856-b“Selfie Expert” OPPO F1s menjadi peranti yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia sejak ia dirasmikan. Minggu lepas baru sahaja melancarkan OPPO F1s edisi khas Ayda Jebat, kini OPPO hadir pula warna baru iaitu Hitam selain pilihan warna sedia ada Rose Gold dan Gold.

Anda kini boleh membuat pra-tempah OPPO F1s Black Limited Edition pada harga RM1,198, bermula hari ini 8 Disember sehingga 16 Dis 2016 di kedai konsep OPPO terpilih.

oppo-f1sBagi pembelian melalui kedai konsep OPPO, anda boleh membuat pra-tempah dengan bayaran RM100 dan membayar jumlah yang tinggal apabila peranti ini dilancarkan pada 17 Disember nanti. Manakala bagi pra-tempah melalui OPPP Store, anda perlu membayar jumlah penuh (RM1,198) untuk OPPO F1s Black Limited Edition. Selain itu, anda juga akan mendapat OPPO Selfie Stick dan casing eksklusif secara percuma sekiranya membuat pra-tempah dalam tempoh 8-16 Disember ini.

 

You might also like