
Peraturan Ketat Google Untuk Sistem Notifikasi
Sistem operasi Android terkenal dengan kebebasan modifikasi dan hampir kesemua penegluar mengenakan pelbagai “tweak” kepada sistem operasi asal bagi menonjolkan ciri-ciri dan fungsi istimewa peranti keluaran mereka.
Namun kini Google mengambil langkah drastik mengurangkan kebebasan modifikasi tersebut dengan memperkenalkan peraturan baru yang mewajibkan pengeluar mengikut garis panduan sistem notifikasi Google. Ini bemakna pengeluar perlu memastikan sistem notifikasi peranti yang dikeluarkan perlulah menyokong fungsi Direct Reply dan Notifications Bundling.
Fungsi Direct Reply membolehkan pengguna membalas terus mesej, e-mel dan lain-lain tugas dari paparan notifikasi. Manakala Notifications Bundling mengumpulkan notifikasi mengikut aplikasi bagi mengelakkan bar notifikasi dari berserabut.

