
LG XBOOM AI ThinQ WK9 – Pembesar Suara Pintar LG Sokong Teknologi AI

LG baru sahaja melancarkan sebuah speaker pintar dengan sokongan Google Assistant. Kebolehan yang mampu dilakukan oleh speaker berbentuk segi empat ini, boleh mengetahui keadaan cuaca, mencari resipi, memantau keadaan rumah, mendengar muzik dan menonton video.
Menariknya, speaker dengan teknologi AI ini menampilkan paparan skrin sentuh berukuran 8-inci HD yang pastinya memberi keseronokan apabila menonton video di YouTube ataupun mendengar muzik kegemaran. Pada bahagian kanan dan kiri LG WK9, terdapat dua speaker yang mampu menghasilkan audio berkualiti tinggi, dengan kerjasama Meridian Audio.

Lebih istimewa, sokongan lensa beresolusi 5 Megapiksel membolehkan anda membuat panggilan video dengan orang tersayang walau di mana sahaja berada. Dioperasikan oleh Android, LG KW9 dibekalkan dengan bateri 5.6W dan berkemampuan mengawal peralatan rumah seperti mesin basuh, peti sejuk, penyaman udara dan pelbagai lagi menggunakan speaker ini sahaja!
Kepada yang berminat, speaker pintar ini ditawarkan pada harga USD199.99 (kira-kira RM838). Tetapi tidak diketahui bila tarikhnya untuk pasaran tempatan.

Spesifikasi
- Sistem Operasi : Android
- Paparan : Skrin sentuh 8-inci HD
- Speaker Output : 2Ch / 20W
- Kamera : 5 Megapiksel
- Dimensi : 370 x 244 x 145mm
- Berat : 1.51kg
- Sambungan : WiFi / Bluetooth
- Bateri : 5.6W
-
Warna : Hitam


