Samsung Galaxy A8s Mungkin Tidak Dilengkapi Bicu Audio 3.5mm?

Ura-ura yang mengatakan Samsung Galaxy A8s tidak akan mempunyai bicu audio nampaknya mula tersebar meluas di media sosial.

Berdasarkan desas-desus yang didengar, Samsung mungkin akan menyingkirkan bicu audio 3.5mm pada telefon pintar berkenaan. Menurut sumber lagi, Samsung melakukan sedemikian bagi mengurangkan ketebalan pada Galaxy A8s dan memastikan telefon mempunyai rekaan yang nipis.

Jika benar apa yang diperkatakan, Galaxy A8s akan menjadi model pertama Samsung yang hadir tanpa bicu audio. Tetapi, seperti biasa maklumat tersebut hanyalah ‘rumors’ dan masih belum diketahui kesahihannya. Jadi, sama-sama kita wait & see!

[SUMBER]

_____________________________________________________________

Artikel berkaitan:

You might also like