Perkenalkan Google WiFi, Peranti Yang Mempermudah Rangkaian WiFi Di Rumah

Selain smartphone Pixel dan Daydream View, Google turut memperkenalkan peranti baru khas untuk kegunaan di rumah dan salah satu daripadanya adalah Google WiFi.

1

Google WiFi adalah router yang boleh berhubung sesama sendiri, dan memastikan pengguna sentiasa mendapat kelajuan Internet yang optimum. Menampilkan rekaan kompak, anda tidak memerlukan ruang yang banyak untuk meletakkan peranti ini. Malah kehadiran teknologi pintar yang tersedia pada Google WiFi membolehkan anda memilih signal paling tepat, walau di mana pun kedudukan anda.

2iBukan itu sahaja, dengan Google WiFi ibu bapa boleh menghadkan Internet untuk penggunaan keluarga terutamanya anak-anak dengan kawalan mudah melalui smartphone sahaja.

3Kepada yang berminat, Google WiFi akan djual kepada umum pada Disember 2016 dan harganya bermula dari USD 129 (kira-kira RM 534) untuk satu set.

You might also like