
Samsung Galaxy Note8 Edisi Terhad Olimpik 2018 Hanya Ditawarkan Sebanyak 4,000 Unit
Tinggal kurang sebulan sebelum acara sukan PyeongChang Winter Olympics 2018 berlangsung, Samsung Electronics Co. selaku Rakan Olimpik bagi kategori peralatan pengkomputeran dan juga peralatan komunikasi tanpa wayar telah mendedahkan edisi terhad Samsung Galaxy Note8. Dalam usaha untuk menyokong atlet yang menyertai acara itu, sebanyak 4000 unit Samsung Galaxy Note8 edisi terhad PyeongChang Winter Olympics 2018 akan diberikan kepada atlet termasuk atlet paralimpik dan juga kaki tangan yang terlibat.
Berbeza dengan Samsung Galaxy Note8 biasa, edisi terhad ini menampilkan kemasan yang sangat menarik kerana ia hadir dengan panel belakang berwarna putih dengan kemasan kerangka dalam warna emas. Malah ia turut menerima cetakan logo Olimpik dan juga nombor siri yang bermula dari 0001 hingga 4000 pada panel belakang yang diperbuat daripada kaca ini.
