

Flash 2 yang telah dilancarkan pada Oktober 2015 telah mencatatkan sejarah peribadinya apabila mengungguli carta jualan tertinggi di Lazada pada Disember yang lalu, sekaligus menjadikannya sebagai smartphone paling popular di Asia Tenggara. Flash 2 juga turut dinamakan sebagai juara bagi kategori harga USD100 hingga USD150, yang mana meletakkannya di kedudukan selesa untuk pengguna yang mementingkan kualiti, ciri-ciri dan juga fungsi pada harga mampu milik.
Di dalam majlis makan malam yang diadakan ini juga, Yogi Babria selaku Pengarah Operasi E-dagang Flash turut mengumumkan berita baik untuk pemilik Flash 2 apabila ia bakal menerima dua aksesori terbaru iaitu penutup bateri dengan dua warna pilihan iaitu Rose Gold atau Mica White, dan juga lensa kamera khas untuk mod makro serta fish eye. Selain itu, model ini juga telah disahkan akan menerima kemas kini Android 6.0 Marshmallow pada masa akan datang dan akan turut dijual secara offline melalui lebih banyak pengedar yang sah.

