Kemas Kini OnePlus 5T Menambah Baik Kebolehan Kamera

OnePlus 5T secara rasmi talah dibawa masuk oleh wakil sah Brightstar Malaysia. Jadi kepada sesiapa yang sudah memilikinya pasti berasa teruja dengan ketersedian peranti ini dengan kehadiran skrin hampir penuh. Dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pengguna, OnePlus baru sahaja mengeluarkan satu kemas kini membawakan sedikit perubahan antaranya dari segi penggambaran selain sistem operasi.

 

Dalam kemas kini OxygenOS 4.7.6, prestasi kamera ditambah baik khusus untuk kegunaan di persekitaran gelap, sokongan lebih baik untuk aplikasi pihak ketiga, dan sistem dalaman seperti pengecaman wajah, screenshot, paparan Wi-Fi, dan keselamatan.

Kemas kini terbaru ini memerlukan memori sebanyak 86MB sementara untuk program beta Android Oreo akan diumumkan tidak lama lagi oleh OnePlus.

Sumber

You might also like