Harman Lancarkan JBL Jr Khusus Untuk Kanak-Kanak

Jenama Harman sangat terkenal dalam industri audio dunia dan ia merupakan sebuah syarikat milik penuh oleh Samsung Electronics. Bersama-sama pelancaran produk JBL, Harman hari ini secara rasminya juga memperkenalkan JBL Jr.

Produk JBL Jr dipasarkan ke pasaran tempatan khusus untuk bagi golongan kanak-kanak urban yang sukakan muzik. Fon kepala ini tidak mengenakan warna seperti orang dewasa tetapi didatangkan dengan warna yang lebih ceria.

Ibu bapa yang ingin menghadiahkan anak kesayangan mereka boleh dapatkan JBL Jr JR300 BT atau JR300. Dua model ini boleh didapati dengan fungsi tanpa wayar Bluetooth ataupun fungsi tradisional iaitu berwayar.

Kanak-kanak yang berminat boleh menggabungkan warna kesukaan mereka dengan kombinasi warna yang berlainan. JBL Jr hadir direka mengikut saiz telinga kanak-kanak yang selesa untuk dipakai. Ia juga ringan dan boleh memainkan lagu sehingga 12 jam.

JR300 BT dan JR300 dijual pada harga RM239 dan RM129 seunit. Layari Lazada untuk pembelian atas talian.

You might also like