Wiko Sunny3 Plus Berharga RM249 – Telefon Pintar Dengan Sokongan Android Go!

Wiko Malaysia telah memperkenalkan telefon pintar mampu milik terbaharu mereka iaitu Sunny3 Plus yang ditawarkan pada harga serendah RM249.

Istimewanya telefon pintar ini, ia dioperasikan oleh Android 8.0 Oreo (Go Edition) yang masih lancar walaupun dengan spesifikasi rendah. Menyokong pemproses Quad Core berkelajuan 1.3GHz, Sunny3 Plus diserikan dengan 1GB RAM serta storan 8GB.

Selain menampilkan paparan skrin berukuran 5.45-inci dalam nisbah 18:9, telefon pintar ini juga dilengkapi kamera utama 5MP, sementara kamera hadapan 2MP pula hadir dengan sokongan LED flash dan bateri berkapasiti 2,200mAh.

Ditawarkan dalam empat pilihan warna seperti Anthracite, Gold, Cherry Red dan Grey, Sunny3 Plus boleh dibeli dari pengedar sah Wiko di seluruh Malaysia dan kedai atas talian 11street, Lazada dan juga Shopee. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Wiko Sunny3 Plus.

You might also like