
Semasa SAMSUNG melancarkan siri Galaxy S21, SAMSUNG juga melancarkan earphones TWS yang terbaru, Galaxy Buds Pro. Peranti ini dilengkapi dengan audio profesional dan fungsi pengurangan kebisingan yang kuat, dan penampilannya juga sangat cantik! Sekarang, earphones TWS sudah sampai ke tangan admin, marilah ikuti admin untuk reviu earphones ini!

Rupa sebenarnya dari segi 360 °
Galaxy Buds Pro mengikuti konsep rekaan Buds Live yang dilancarkan pada tahun lalu. Earphones TWS disimpan dalam kotak pengisian dengan sudut bulat yang rasa seperti membuka kotak cincin. Terdapat tiga pilihan padanan warna seperti ungu, hitam dan putih. Earphones dan kotak pengecas menggunakan warna yang sama .

Earphones TWS ini menggunakan bentuk kacang yang mirip dengan Buds Live. Bahagian luar earphones TWS mempunyai lapisan plastik reflektif yang halus juga boleh digunakan sebagai panel sentuh; terdapat dua mikrofon dan pembesar suara tahan angin bagi bahagian dalamnya.
Terdapat satu petunjuk status di dalam dan di luar kotak pengecasan. Petunjuk luar menunjukkan baki daya kuasa pengisian kotak itu sendiri, dan bahagian dalamnya menunjukkan kekuatan earphones TWS. Antaramuka pengisian Jenis-C diatur di belakang. Kotak ini juga menyediakan dua penyumbat telinga lain dengan saiz yang berbeza. Korang boleh menukar ke penyumbat telinga yang sesuai dengan telinga korang untuk pengalaman pendengaran yang terbaik.
Sambungkan ke aplikasi “Galaxy Wearable”

Untuk menyambungkan antara Galaxy Buds Pro dan telefon, syarat yang paling asas ialah kedua-dua peranti menghidupkan Bluetooth pada masa yang sama untuk pair. Walau bagaimanapun, pengguna dapat memasang aplikasi “Galaxy Wearable” di telefon untuk memeriksa status bateri earphones TWS dengan lebih terperinci untuk mengawal noise cancellation secara manual atau ambient mode, dan menyesuaikan lebih banyak fungsi tetapan.
Korang boleh mengoperasikan earphones TWS melalui panel sentuhnya. Berikut adalah kaedahnya untuk mengawal penunjuk alat dengar:
- Klik satu kali👉 untuk mainkan / hentikan lagu
- Klik dua kali 👉 untuk mainkan lagu seterusnya; jawab/ tamatkan panggilan
- Klik tiga kali 👉 untuk mainkan lagu yang sebelumnya
- Tekan lama 👉 Aktifkan pengurangan bunyi/ ambient mode; tolak panggilan masuk
Sudah tentu, korang juga boleh tetapkan tekan lama (Long Press) untuk telinga kiri dan telinga kanan pada aplikasi “Galaxy Wearable”, dan pengguna dapat membuat tetapan yang peribadi mengikut kebiasaan korang sendiri.
Selain itu, aplikasi ini juga membolehkan korang untuk menyesuaikan mod pemutaran lagu, serta menyediakan fungsi seperti membaca pemberitahuan, peningkatan pendengaran dan mencari earphones TWS
Fungsi Utama Galaxy Buds Pro

Galaxy Buds Pro ini mempunyai fungsi active noise cancellation, dan korang dapat beralih ke ambient mode dengan senang, terutamanya semasa korang ingin mendengar muzik atau bercakap ketika di luar rumah atau di pinggir jalan sambil memperhatikan suara di sekitar korang. Apabila ambient mode dihidupkan, suara di sekitar korang memang jelas, tetapi tidak akan mempengaruhi pemutaran lagu; Fungsi noise cancellation peranti ini dapat mengurangkan frekuensi yang rendah, tetapi suara manusia dapat didengar sekali-sekala. Jika suara manusia juga boleh dikurangkan, penggunaan earphones TWS ini akan lebih baik!
Dari segi kualiti suara, Galaxy Buds Pro mempunyai output audio Dolby 360 ° dan dilengkapi dengan unit pemandu 11mm yang disesuaikan dengan AKG dan 3 mikrofon. Peranti ini dapat mengurangkan bunyi angin dan menyekat hingga 99% kebisingan luaran melalui 3 mikrofon untuk memberi prestasi kualiti suara stereo dan pengalaman panggilan yang baik. Yang perlu dinyatakan ialah earphones TWS juga menyokong taraf kalis air IPX7 yang telah dinaiktarafkan. Earphones TWS boleh direndam dalam air yang kedalaman 1 meter selama 30 minit, tetapi tidak digalakkan untuk kegunaan di pantai ataupun dalam kolam renang!
Selain itu, peranti ini juga menyokong ciri baru, iaitu SmartThings Find. Dengan ciri dan platform ini, korang dapat menjadikan telefon sebagai nod Bluetooth secara langsung untuk mencari peranti berdekatan dan mencari earphones TWS yang hilang. Pengguna boleh menggunakan aplikasi “Galaxy Wearable”. Namun, yang perlu diingatkan korang ialah fungsi ini hanya tersedia ketika earphones TWS tidak ada di dalam kotaknya. Hal ini demikian kerana earphones TWS akan ditutup dan sambungan dengan telefon akan terputus secara langsung semasa diletakkan di dalam kotaknya.
Galaxy Buds Pro terdapat ciri yang sangat istimewa, iaitu fungsi penukaran secara automatik. Apabila earphones TWS mengesan peranti lain yang disambungkan, peranti akan segera menukarkan sambungannya ke peranti itu. Contohnya, apabila korang menonton filem di tablet, tetapi terdapat panggilan telefon, Galaxy Buds Pro akan menukarkan audionya ke telefon. Setelah korang habiskan panggilan telefon, earphones TWS dapat menyambung kembali ke tablet dengan lancar, sangat mudah!
Bateri & Daya Kuasa Tahan

Jangka hayat bateri Galaxy Buds Pro dapat memberikan 5 jam masa kegunaan ketika fungsi active noise cancellation dihidupkan. Jika Galaxy Buds Pro digunakan dengan kotak pengecesan, earphones TWS dapat memberi hayat bateri 3 jam tambahan; jika fungsi active noise cancellation dimatikan, earphones TWS boleh bertahan sekitar 7 hingga 8 jam, kotak pengecasan dapat memberi kuasa lebih dari 20 jam.
Di samping itu, Galaxy Buds Pro juga menyokong pengecasan pantas. Setelah menyambung ke bekalan kuasa dan membiarkannya selama 5 minit, korang dapat menggunakannya selama 1 jam. Sudah tentu, earphones TWS ini juga menyokong teknologi pengecasan tanpa wayar, tetapi kelajuan pengecasan sudah tentu akan lebih perlahan daripada Type-C.~
Apa Kata Editor!
Sebagai earphones TWS yang sebenar, prestasi keseluruhan Galaxy Buds Pro memang sangat baik. Galaxy Buds Pro memang tidak mengecewakan, dan memberi korang untuk menyesuaikan earphones TWS dengan kesukaan sendiri. Earphones TWS ini juga dapat membuat penyesuaian dalam aplikasi “Galaxy Wearable” untuk memberi pengalaman pendengaran yang paling selesa.
Fungsi active noise cancellation Galaxy Buds Pro boleh dikatakan mempunyai peningkatan yang terbesar. Walaupun admin kadang-kadang masih dapat mendengar suara manusia setelah menghidupkan active noise cancellation, tetapi fungsi ini memang disediakan pada tahap yang baik secara keseluruhan. Apabila ambient mode dihidupkan, admin rasa bunyi di sekitarnya macam ASMR, dan rasanya sangat istimewa! Semasa korang menggunakan Galaxy Buds Pro ini di luar rumah ataupun di pinggir jalan, memang lebih selamat untuk menghidupkan ambient mode!
Seterusnya, dari segi penggunaan, admin rasa earphones TWS ini memang selesa! Sekiranya anda rasa earphones TWS terlalu longgar, korang boleh memilih penutup telinga yang paling sesuai dengan telinga korang dari kotak. Walau bagaimanapun, saya rasa saiz badan Galaxy Buds Pro agak besar. Jika telinga korang agak kecil, korang mungkin mempunyai perasaan disumbat ketika memakainya, tetapi langsung tidak mempengaruhi kegunaan korang. Walaupun memakainya dalam jangka masa yang panjang, tetapi admin langsung tidak akan rasa tidak selesa atau menyakitkan, dan pengalaman penggunaan amat baik!
Harga jualan Galaxy Buds Pro ialah RM799, dan korang yang ingin membelinya boleh pergi ke laman web rasmi SAMSUNG untuk maklumat lebih lanjut.