HP Spectre x360 13 Kini Boleh Didapati Pada Harga Bermula RM 5,249

HP baru sahaja mengumumkan penawaran komputer riba terbaharu mereka, HP Spectre x360 13 yang membawakan rekaan mewah di samping kemasan warna menarik yang cukup menawan iaitu Poseidon Blue dan Dark Ash Silver.

HP Spectre x360 13 Dalam Warna Poseidon Blue

HP Spectre x360 13 hadir dengan ukuran skrin bersaiz 13.3″ FHD bersama pilihan CPU Intel Core i5-8265U dan Intel Core i7-8565U. Bagi model Intel Core i5-8265U, ia diselitkan dengan memori sebesar 8GB RAM dan storan SSD 256GB. Manakala untuk model Intel Core i7-8565U pula, dilengkapi dengan memori 8GB RAM bersama storan SSD sebesar 512GB.

Selain hadir rekaan yang anggun, ianya juga hadir dengan butang khusus yang terbina secara fizikal untuk menyahaktifkan kamera web bagi mengelakkan risiko untuk digodam. Disamping itu, ia juga dilengkapi dengan port USB-C yang diletakkan di sudut unik supaya ia lebih mudah dari segi pengurusan kabel.

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan HP Specter x360 13 menerusi gedung beli belah atas talian HP di HP Online Store dengan tawaran harga berikut :

MODEL / VERSI

HARGA

HP Spectre x360 13 (Intel Core i5-8265U)

RM 5,249

HP Spectre x360 13 (Intel Core i7-8565U)

RM 6,499

You might also like