Maxis Konsisten Dalam Memberikan Strim YouTube Kualiti HD Di Seluruh Negara

Maxis telah muncul sebagai syarikat telekomunikasi yang secara konsisten menyampaikan penstriman video definisi tinggi (HD) yang lancar, mengikut YouTube Video Checkup. Ia adalah satu laman web khas yang menyediakan pengguna YouTube dengan skor syarikat-syarikat telekomunikasi yang berbeza di kawasan tertentu berdasarkan kualiti main semula (playback) YouTube.

Keputusan bagi prestasi rangkaian Maxis menunjukkan penerajuan yang jelas di seluruh negara:

 

 

 

 

 

 

Menurut YouTube, rating 4.0 bintang adalah markah yang paling tinggi buat masa ini, kerana 4.5+ bintang dikhaskan untuk teknologi masa depan yang menyokong video jalur lebar yang lebih tinggi seperti Realiti Maya (virtual reality) dan video 360 darjah.

Bagaimana untuk menggunakan alat Video Checkup:
  1. Lawati YouTube Video Checkup
  2. Anda akan lihat laman web yang mudah dengan tiga tab, bersama dengan item-item berikut:
  • BANDING: Masukkan lokasi yang anda inginkan. Senarai operator di kawasan anda akan muncul, dengan markah mereka berdasarkan 5 bintang. Skor mewakili live video berkualiti yang anda boleh harapkan apabila anda menonton YouTube menggunakan pembekal mudah alih tertentu di kawasan tertentu.
  • TEROKA: Peta haba pengalaman playback YouTube melalui operator rangkaian di kawasan anda.
  • BELAJAR: Menerangkan penarafan bintang dan istilah dengan lebih terperinci.

 

You might also like