Mesej WhatsApp Kini Boleh Di ‘Delete’ Dalam Tempoh 7 Minit

1567

Bagi anda yang sering tersalah hantar mesej di dalam WhatsApp, kini aplikasi sembang paling popular dunia ini memperkenalkan ciri ‘Delete’ pada mesej.

Tidak dinafikan majoriti daripada pengguna WhatsApp mengharapkan ciri ini. Oleh kerana ada di antara anda tersalah faham akan mesej yang dihantar sehingga tercetusnya pergaduhan sesama sendiri, dengan adanya ciri ‘Delete’ ini ia sangat-sangat diperlukan!

Untuk makluman, ciri ini hanya ditawarkan kepada pengguna iOS dan web sahaja dan tidak kepada pengguna Android mahupun Windows telah ditawarkan kepada pengguna iOS, Android dan Web.

Cara menggunakan ciri ‘delete’ ini, anda hanya perlu tap pada mesej yang ingin dipadam, seterusnya pilih sama ada ‘delete for everyone’ untuk kesemua pembaca atau ‘delete for me’ untuk pengirim sahaja.

Selain daripada memadam kandungan teks, ia juga menyokong kandungan video, suara, fail, lokasi, kenalan, GIF, serta status. Namun, ciri ini hanya aktif dalam masa tujuh minit, jika pengguna melepasi waktu itu, mesej akan kekal di dalam perbualan buat selama-lamanya.

Untuk menikmati ciri berguna ini, kedua-dua pengguna iOS perlu mengemas kini aplikasi kepada versi yang terbaru. Manakala, pengguna Android dan Windows di Malaysia, jangan risau sebab ciri ini akan diperluaskan kepada anda di masa hadapan.