Kenali HP Spectre x360 Dalam Keadaan Ekstrem

Satu sesi mengenali komputer riba HP Spectre x360 telah diadakan di litar Plus Speedway. Pada acara ini HP Malaysia telah membawa eRing dan rakan-rakan media mencuba dan merasai sendiri kehebatan komputer riba mereka di dalam keadaan yang ekstrem. Kami mencuba peranti yang sudah sedia ada hebat ini di dalam kereta yang dipandu secara drift. Sememangnya satu pengalaman yang unik walaupun pada akhir acara ada yang mabuk dan pening.

Pengalaman yang cukup unik dengan menaiki kereta yang dipandu secara drift.

Dengan kualiti serta rekaan fizikal yang moden dan hebat, Spectre x360 kini mampu mencapai 25% lebih jangka hayat bateri sehingga 15 jam. Ini dapat dicapai dengan mengoptimumkan pemproses Intel CoreTM 7th Generation dan kapasiti bateri yang lebih besar di dalam reka bentuk nipis. Reka bentuk baru ini juga membawakan paparan bezel yang minimal, 10mm lebih nipis dari rekaan terdahulu.

Selain itu, engsel baru yang digunakan berukuran 13.8mm nipis, 2mm lebih nipis daripada generasi sebelumnya. Hasilnya, keseluruhan lebih ringan dengan berat 1.295kg berbanding 1.45kg. Bahagian audio juga ditambah baik dengan 4 speakers berkualiti yang ditala oleh Bang & Olufsen.

HP Spectre x360 baru juga mempunyai sambungan yang hebat dengan dua port USB-Type C yang menyokong Thunderbolt dan satu port USB-Type A 3.0. Paparan beresolusi Full HD pada panel IPS 13.3 inci pula akan memberikan kepuasan ketika anda menonton media dan juga melakukan kerja.

SPESIFIKASI
Model
HP SPECTRE x360 13-w006TU
HP SPECTRE x360 13-w007TU
Harga RM 5,199 RM 5,999
Sistem operasi Windows 10 (64bit) Windows 10 (64bit)
Paparan 13.3 inci 13.3 inci
Resolusi 1920 x 1080 1920 x 1080
Pemproses Intel Core™ i5-7200U 2.5GHz Intel Core™ i7-7200U 2.7GHz
Memori 8 GB LPDDR3 SDRAM 8 GB LPDDR3 SDRAM
Storan 256GB PCIe M.2 SSD 256GB PCIe M.2 SSD
Grafik Intel® HD Graphics 620 Intel® HD Graphics 620
Port 2  X USB 3.1 Type-C Gen 2 / Thunderbolt 3
1 x USB Type A 3.1 Gen 1
2  X USB 3.1 Type-C Gen 2 / Thunderbolt 3
1 x USB Type A 3.1 Gen 1
Dimensi 13.79 x 1.295 mm 13.79 x 1.295 mm
Jaminan Dua tahun jaminan Local Onsite Warranty termasuk satu tahun jaminan International Warranty Dua tahun jaminan Local Onsite Warranty termasuk satu tahun jaminan International Warranty

 

 

 

You might also like