Tutorial: Bunyi SPEAKER iPhone Lebih Kuat TANPA Perlu JAILBREAK!

Segalanya bermula melalui satu tweet yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial di Twitter yang menjadi viral. Berdasarkan kepada perkongsian tweet tersebut, pengguna akaun yang dikenali sebagai TheBae telah mendedahkan cara termudah untuk pemilik peranti iPhone menguatkan bunyi speaker peranti mereka dengan cara yang sangat mudah, tanpa perlu menjalankan proses Jailbreak. Jadi sekiranya anda merasakan kekuatan speaker iPhone masih belum cukup kuat, jom kita ikuti tip yang akan diajar seperti berikut…

Nota!

Berdasarkan kepada percubaan yang telah dibuat, tip ini hanya mampu menaikkan tahap kelantangan speaker pada model iPhone 6s, 6s Plus, 7 dan juga 7 Plus sahaja. Manakala model seperti iPhone 5, 5s, 6 dan juga 6 Plus tidak memberi sebarang efek bunyi. Tip ini tidak pula dicuba pada mana-mana model iPad, jadi tidak salah untuk anda mencubanya kerana ia tidak memerlukan sebarang proses yang rumit.

 

• Langkah 1 > Akses menu Settings pada peranti iOS anda.

• Langkah 2 > Tatal paparan skrin ke bawah dan cari menu Music.

• Langkah 3 > Sekali lagi tatal paparan skrin ke bawah dan cari menu EQ.

 

• Langkah 4 > Berdasarkan kepada senarai tetapan equalizer yang ada, cari dan pilih mod Late Night dan aktifkannya.

• Langkah 5 > Untuk mendengar perbezaan tahap kekuatan speaker selepas mod Late Night dipilih, anda boleh memainkan muzik pada background dan cuba tukar antara mod tersebut dengan mod yang lain.

 

Apa itu mod ‘Late Night’?!

Menurut Apple, Late Night merupakan mod yang telah dimampatkan output dinamik audionya dengan mengurangkan kekuatan bunyi petikan audio lantang, tetapi dalam masa yang sama akan menaikkan petikan audio yang perlahan. Mod ini sebenarnya sesuai untuk mendengar audio di dalam kapal terbang ataupun dalam persekitaran yang bising.

 

 

You might also like