OPPO A71k Berharga RM599 Mula Dijual Di Malaysia

OPPO Malaysia hari ini mengumumkan ketersedian OPPO A71k ke pasaran Malaysia pada harga berpatutan iaitu RM599. Ia sebuah telefon pintar kelas pertengahan-bawah mensasarkan pengguna yang inginkan peranti pada harga rendah dalam masa sama inginkan rekaan yang menarik.

OPPO A71k dilengkapi memori RAM 2GB dan storan 16GB, serta cip pemproses MediaTek MT6750 lapan-teras. Ia dipadankan dengan skrin 5.2-inci didatangkan dengan pilihan warna Emas, Hitam, dan Biru bersama bateri 3,000mAh. Peranti ini dioperasikan Android Nougat dan sistem antaramuka ColorOS 3.1 terus daripada kotak.

Ciri penggambaran tidak dilupakan, oleh itu sebuah kamera 13 Megapiksel f/2.2 dibekalkan di belakang dan kamera 5 Megapiksel f/2.4 disertakan untuk bahagian depan bersama fungsi AI Beauty. Menariknya, sistem keselamatan membolehkan pengguna mengimbas wajah untuk menyahkunci peranti.

Bagi yang berminat, anda boleh dapatkan OPPO A71k di kedai konsep OPPO berdekatan atau beli terus melalui kedai OPPO atas talian.

You might also like