CES 2018 : ASUS Tampilkan Barisan Komputer Riba ROG Terbaru

ASUS hari ini memperkenalkan beberapa komputer riba di bawah siri permainan ROG antaranya ROG Strix SKT T1 Hero Edition, ROG Strix GL12, dan ROG Strix Flare di acara CES 2018.

ROG Strix SKT T1 Hero Edition

Komputer riba edisi terhad ini adalah kolaberasi antara ROG dan pasukan terkenal e-Sukan iaitu SK telecom T1. Set pembungkusan didatangkan dengan barangan edisi terhad ROG-SK Telecom T1 seperti jersi pasukan, pad tetikus, dan poster. Rekaan luaran komputer riba ini dikemaskan dengan skin pasukan SK Telecom T1 termasuk tandatangan pemain paling digeruni League of Legends iaitu Faker.

Dikuasakan oleh Intel Core i7 dan NVIDIA GeForce GTX 1060, ia juga membawakan skrin paparan IPS dengan kadar segar-semula sehingga 120Hz serta warna gamut 100% sRGB. Papan kekunci pula diperhebatkan dengan teknologi RGB-backlit dengan ciri N-key memberikan kepuasan yang terbaik kepada pemain.

ROG G703

ROG G703 merupakan sebuah komputer riba pertama di dunia memiliki paparan paling lancar. Ini kerana ASUS telah memasukkan teknologi NVIDIA G-SYNC membolehkan kadar segar-semula beroperasi pada 144Hz. Komputer riba ini dibekalkan dengan cip Intel Core i7-7820HK pada kelajuan sehingga 4.3GHz manakala, kad grafik GTX 1080 mampu memberikan pengalaman permainan yang paling maksimum.

Menerusi paparan 15.6-inci HD penuh, casis ROG G703 turut menyokong ciri kalis habuk. Malahan sistem penyejuk Anti-Dusk Cooling pula dapat mengekalkan perkakasan dalaman pada suhu yang optimum.

ROG Strix GL12

Bagi pengguna yang lebih berminat pada desktop, ASUS menyediakan ROG Strix GL12 yang dikuasakan Intel Core i7 Hexa-core Generasi ke-8. Prestasi lebih cekap dan pantas dengan adanya NVIDIA GeForce GTX 1080. Di samping itu, memori komputer ini menyediakan storan SSD yang menawarkan slot tambahan.

Perkakasan dalaman jelas boleh dilihat pada bahagian sisi komputer dengan adanya panel lut sinar. Untuk tujuan lampu, komputer ini dilengkapi teknologi Aura Sync yang sesuai digunakan pada persekitaran yang gelap.

Setakat ini, ASUS tidak memberikan maklumat lanjut mengenai harga. Bagaimanapun anda boleh layari Facebook ASUS ROG Malaysia.

You might also like