Google Play Services Akan Menamatkan Sokongan Android 2.3 Gingerbread Tahun Hadapan

1Berdasarakan data edaran Google Android, sebanyak 1.3% pengguna Android masih lagi menggunakan sistem operasi Android 2.3 Gingerbread yang mula dilancarkan 6 tahun yang lalu. Jika anda salah seorang pengguna sistem operasi tersebut, mungkin sudah tiba masanya anda mendapatkan peranti yang menyokong sistem operasi terbaru.

Sudah banyak pembangun aplikasi menghentikan sokongan kemas kini kepada sistem operasi tersebut, antara sebabnya adalah jumlah pengguna yang sangat kecil dan juga atas sebab kemampuan operasi. Terbaru, Google Play Services pula mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan sokongan dan kemas kini kepada Android 2.3 Gingerbread.

2Google Play Services adalah sistem sokongan yang penting kepada para pembina aplikasi, ia adalah saluran uatama bagi mereka mendapatkan perisian dan fungsi untuk dimasukkan ke dalam aplikasi Android mereka. Penghentian sokongan ini bermakna anda tidak lagi akan mendapat sokongan dan fungsi terbaru perisian sekiranya anda masih lagi menggunakan Android 2.3. Mungkin sudah tiba masanya anda shopping smartphone baru!

You might also like