
Adakah iPhone 6S anda tiba-tiba mati secara sendiri tanpa diketahui anda? Baru-baru ini terdapat sejumlah pengguna iPhone 6S yang berhadapan dengan masalah peranti tutup atau mati (shutdown) secara sendiri, dan Apple telah mengatakan bahawa perkara ini hanya melibatkan sejumlah kecil peranti yang dikeluarkan antara September 2015 hingga Oktober 2015.
Justeru itu, Apple telah mengeluarkan kenyataan dengan menawarkan program baik pulih untuk pengguna iPhone 6S yang bermasalah, di mana mereka akan menggantikan bateri untuk peranti tersebut secara percuma. Tetapi perkhidmatan semakan secara online tidak ditawarkan, anda perlu pergi ke pusat khidmat pelanggan Apple terdekat untuk memastikan peranti anda terlibat atau sebaliknya.
Sekiranya iPhone 6S anda mengalami masalah berkenaan, anda boleh dapatkan penggantian bateri secara percuma di pusat khidmat pelanggan Apple terdekat. Sebaliknya, jika anda yang terlibat dan telah menukar bateri sebelum ini, juga boleh hubungi pihak Apple untuk mendapatkan wang kembali.