
Sebelum ini mungkin ramai di antara pembaca di luar sana yang akan memuat turun satu persatu filem atau drama bersiri yang diminati dan seterusnya dipindahkan ke dalam ruang storan telefon pintar anda untuk ditonton pada waktu lapang. Tetapi cara tersebut sebenarnya tidaklah begitu relevan kerana anda perlu memadam semula fail tersebut bagi mengelakkan penggunaan ruang storan yang agak besar. Jadi sekiranya anda seorang gemar menonton filem ataupun drama bersiri, apa kata anda cuba tontonnya menggunakan aplikasi Kodi terus melalui peranti Android anda. Oleh itu jom kita pelajari cara untuk memasang aplikasi Kodi ini seperti berikut…
Apa Itu Aplikasi Kodi?!
Aplikasi Kodi atau sebelum ini lebih dikenali sebagai XBMC merupakan sebuah perisian pelbagai platform seperti Windows, Linux, Mac OS X, Android, iOS dan banyak lagi. Aplikasi yang pernah memenangi anugerah sebagai perisian media percuma dan terbuka ini menawarkan perkhidmatan penstriman bagi membolehkan pengguna memainkan muzik, video, gambar, permainan dan sebagainya. Dalam bahasa yang mudah difahami, Kodi merupakan sebuah aplikasi atau perisian yang menawarkan cara termudah untuk anda menonton filem, drama bersiri, muzik, podcast dan sebagainya dari seluruh dunia secara percuma dengan sambungan Internet.
Antara Kandungan Media Yang Disokong
• Filem • Muzik • Rancangan TV • Gambar • PVR dan Siaran TV Langsung
Kesesuaian Platform
PROSES 1 – PEMASANGAN APLIKASI KODI
Proses pemasangan aplikasi Kodi adalah sangat mudah kerana ia boleh dimuat turun terus melalui aplikasi Google Play Store. Apa yang menariknya, ia boleh dimuat turun secara percuma dan saiz aplikasi ini tidaklah begitu besar iaitu bersaiz hanya 57.29MB sahaja. Oleh itu, rujuk langkah demi langkah seperti yang ditunjukkan bagaimana cara untuk memasang aplikasi ini pada peranti Android anda.
- Akses aplikasi Play Store dan taip Kodi dalam ruangan carian.
- Pilih aplikasi Kodi paling atas di dalam senarai yang dibangunkan oleh XBMC Foundation.
- Klik butang ‘Install’ untuk mula memuat turun aplikasi Kodi.
- Klik pada butang ‘OPEN’ untuk mengaktifkan aplikasi Kodi.
5. Apabila pertama kali dioperasikan, proses penyediaan aplikasi akan dijalankan.
6. Sebaik sahaja selesai proses tersebut, paparan sebegini akan dipaparkan.
PROSES 2 – CARA MEMBUAT TETAPAN KODI
Bagi membolehkan anda menonton filem, rancangan TV bersiri, saluran TV antarabangsa ataupun HULU mahupun Netflix, Kodi perlu dipasang dengan tetapan Add-ons terlebih dahulu. Dengan adanya sokongan Add-ons ini, anda boleh mengakses pelbagai laman sesawang penstriman popular secara atas talian. Kodi Add-ons ini juga terdiri daripada pelbagai sumber berbeza bagi membolehkan pengguna menonton pelbagai kandungan berbeza secara percuma tidak kira di mana jua lokasi pengguna tersebut berada. Sebelum memasang Add-on, anda terlebih dahulu perlu membuat konfigurasi Sumber atau Source terlebih dahulu.
LANGKAH PERTAMA – PEMASANGAN SUMBER (SOURCE)
< Sebenarnya terdapat beberapa Sumber (Source) berbeza yang boleh anda gunakan seperti Fusion Installer ataupun SuperRepo. Dalam tutorial ini kami akan menggunakan Sumber Fusion Installer dan anda perlu mengakses menu SYSTEM (jangan klik) dan pada ruangan sub-menu klik pada File Manager.
< Tetingkap baru akan dipaparkan dan anda hanya perlu klik pada menu Add source.
< Untuk memulakan proses pemasangan Sumber (Source) Fusion Installer, klik pada ruangan yang tertera perkataan <None> yang terdapat di tengah-tengah tetingkap.
< Secara automatik satu kotak papan kekunci akan dipaparkan dan anda hanya perlu menaip https://fusion.tvaddons.ag dan pastikan URL itu ditaip dengan betul. Kemudian klik butang ‘Done’.
< Seterusnya klik pada ruangan teks di bahagian bawah perkataan “Enter a name for this media source.” dan taip sahaja perkataan Fusion di dalam ruangan tersebut dan klik butang OK.
< Kini anda boleh melihat menu Fusion pada ruangan tetingkap di sebelah kanan. Klik pada ikon berbentuk rumah di bahagian bawah paparan untuk kembali semula ke menu utama.
LANGKAH KEDUA – PEMASANGAN ADD-ON
Top 10 Kodi Add-on paling popular pada Julai 2016
| Kedudukan | Kodi Add-on | Peratusan (%) | Jumlah Undi |
| 1 | Exodus | 73% | 4,271 |
| 2 | Phoenix | 9% | 516 |
| 3 | Specto Fork | 3% | 204 |
| 4 | UK Turk Playlists | 3% | 195 |
| 5 | 1Channel | 3% | 188 |
| 6 | SALTS | 3% | 186 |
| 7 | Lain-lain | 2% | 146 |
| 8 | cCloud TV | 2% | 97 |
| 9 | The Alpha | 1% | 53 |
| 10 | Tombraider | 0% | 29 |
Memandangkan Add-on yang paling popular dan terbaik telah diundi oleh pengguna Kodi adalah Exodus, maka kami akan mengajar cara pemasangan Add-on tersebut pada aplikasi Kodi anda. Walau bagaimanapun, tidak menjadi masalah untuk anda memasukkan Add-on yang lain sebagai tambahan.
< Pada menu utama, tatal pada ruangan SYSTEM (jangan diklik) dan pada ruangan sub-menu klik pada menu Settings.
< Kemudian satu tetingkap baru akan dipaparkan dan anda perlu memilih menu Add-on pada senarai yang ada.
< Klik sahaja pada butang OK jika tetingkap mesej sebegini dipaparkan.
< Seterusnya klik pada menu Install from zip file.
< Satu tetingkap ‘Install from zip file’ akan dipaparkan dan klik sahaja pada fail Fusion.
< Satu lagi tetingkap baru akan dipaparkan dan anda dikehendaki memilih menu xbmc-repos.
< Pada tetingkap seterusnya, cari fail repository.exodus-1.0.1.zip daripada senarai yang ada.
< Sebaik sahaja diklik, anda akan kembali ke paparan utama Add-ons dan klik pada menu Install from repository.
< Klik pada menu Exodus repository.
< Klik pada menu Video add-ons.
< Klik pada menu Install untuk memulakan proses pemasangan dan proses pemasangan Add-on Exodus ini mengambil masa beberapa minit bergantung kepada kelajuan Internet anda.
YEAY! JOM MULA MENONTON!!!
Anda hanya perlu klik sahaja pada ikon berbentuk rumah untuk kembali ke menu utama dan pilih menu Video dan klik pada Video add-on diikuti dengan menu Exodus.
PERHATIAN!
Walaupun aplikasi Kodi menawarkan perkhidmatan tayangan filem, rancangan
TV, muzik dan sebagainya secara percuma, anda dinasihatkan menontonnya
dengan sambungan WiFi memandangkan ia melibatkan penggunaan data Internet
yang agak tinggi untuk penstriman video.




