Reviu Eksklusif: Xiaomi Mi 5, Spesifikasi HIGH-END Pada Harga MID-RANGE

xiaomi-mi-5HARGA: RM 1,399 RM 1,549

Untuk mendapatkan sebuah peranti dengan sokongan spesifikasi paling berkuasa di pasaran, ia sudah tentunya memerlukan bajet yang agak besar. Bahkan jelas dapat dilihat dengan trend pada masa ini yang mana pengeluar peranti high-end akan menjual model keluaran mereka dengan harga jualan melebihi RM2,000. Nampaknya kemunculan Xiaomi Mi 5 di pasaran tempatan sudah tentunya mampu menarik perhatian ramai pengguna di luar sana kerana ia merupakan antara peranti terawal yang tampil dengan pemproses paling berkuasa iaitu Qualcomm Snapdragon 820. Apa yang menjadikannya lebih istimewa adalah harga jualannya yang mampu milik iaitu setanding dengan harga jualan kebanyakan peranti mid-range di negara ini.

SPESIFIKASI

spesifikasi

PAKEJ PEMBELIAN

Kotak Pembungkusan
dav
Saiz kotak agak besar dengan rekaan ringkas
Aksesori Asas
Aksesori Asas

KERANGKA

Rekaan Tanpa Bezel

(Kiri) Skrin dalam mod standby (Kanan) Paparan skrin diaktifkanPanel depan Mi 5 sebenarnya masih mengekalkan rekaan yang dapat dilihat pada Mi 4, tetapi ia telah menerima kemasan yang jauh lebih baik kerana paparan skrin kelihatan seperti tiada bezel apabila berada dalam mod standby. Apabila paparan skrin diaktifkan, sebenarnya masih terdapat bezel pada paparan skrin iaitu lebih kurang 1mm.

(Kiri) Skrin dalam mod standby 
(Kanan) Paparan skrin diaktifkan

 

Pengimbas Cap Jari
(Kiri) Butang Home/Pengimbas cap jari(Kanan) Butang Recent Apps dan Back tampil dengan nyalaan LED
 • (Kiri) Butang Home/Pengimbas cap jari • (Kanan) Butang Recent Apps dan Back tampil dengan nyalaan LED

Buat pertama kalinya, Mi 5 telah memperlihatkan pembaharuan pada rekaan butang kawalan di bahagian bawah skrin berbanding generasi sebelumnya. Penyediaan butang kawalan jenis capacitive kini telah digantikan dengan butang Home jenis fizikal yang juga berfungsi sebagai pengimbas cap jari.

 

Kamera Lebih Berkuasa

davWalaupun tampil dengan kerangka yang lebih nipis, Xiaomi masih mengekalkan permukaan kamera yang rata pada Mi 5. Lebih menariknya, keupayaan penggambaran juga telah ditingkatkan melalui sokongan kamera 16 Megapiksel yang kini menyokong teknologi penstabilan imej OIS (4-axis) bagi mengatasi masalah kabur.

 

Kerangka Sisi Melengkung

dav

Kedua-dua sisi kerangka Mi 5 kini tampil dengan rekaan melengkung mirip seperti yang dapat dilihat pada model Mi Note sebelum ini. Lengkungan pada sisi kerangka ini secara tidak langsung memberikan keselesaan apabila digenggam. Tambahan pula sisi kerangka Mi 5 diperbuat daripada logam yang terasa lebih premium.

 

Port USB Type-C & Inframerah

davSama seperti model Mi 4c yang menjadi peranti pertama Xiaomi yang tampil dengan port USB Type-C, Mi 5 juga mengikuti trend port USB terbaru itu. Bahagian kiri port menempatkan lubang mikrofon dan sebelah kanan pula menempatkan lubang speaker, manakala bahagian atas pula tersedia port audio, port inframerah dan juga lubang mikrofon.

 

ANTARAMUKA MIUI 7

Lockscreen

davPenampilan lockscreen MIUI 7 tampil ringkas dengan memaparkan ruangan status peranti, sokongan jam digital yang besar di bahagian kiri atas dan juga ikon kamera di sebelah kanan bawah skrin. Bersebelahan dengan jam digital, anda boleh menemui satu ikon kecil yang membantu anda untuk menukarkan imej latar lockscreen dengan lebih mudah dan pantas menggunakan kaedah leretan.

 

Homescreen

davPersembahan homescreen masih kekal sama sahaja seperti versi MIUI sebelum ini di mana kesemua aplikasi diletakkan pada paparan homescreen tanpa sokongan App Drawer. Proses membuat folder terasa begitu mudah kerana anda hanya perlu menyentuh ikon aplikasi selama beberapa saat dan letakkannya di atas aplikasi yang lain. Lebih menariknya, folder itu akan dinamakan secara automatik.

 

Menu Homescreen

davDengan menggunakan kaedah pinch-in pada paparan skrin, anda boleh mengakses menu tetapan homescreen. Antara menu tetapan yang disediakan adalah pemindahan aplikasi, widgets, imej latar dan juga efek peralihan tetingkap homescreen. Lebih menariknya, anda juga sebenarnya boleh menukar persembahan jam digital standard kepada pelbagai gaya yang lebih unik dan ceria.

 

Themes

davSekiranya anda tidak mahu menggunakan tema standard MIUI 7 pada Mi 5, penampilan antaramuka boleh diubah dengan sangat mudah melalui aplikasi Themes yang disediakan. Berbeza dengan kebanyakan peranti yang menawarkan pilihan tema yang agak terhad, MIUI menawarkan sehingga beratus pilihan yang mana akan menukar keseluruhan penampilan antaramuka peranti.

 

Security [ GOOD ]

davPengurusan peranti boleh dilaksanakan dengan lebih mudah kerana ia telah dilengkapi dengan aplikasi pra-pasang yang dikenali sebagai Security. Antara fungsi yang ditawarkan adalah sokongan kata laluan pada aplikasi, pembersihan memori dalaman, pemantauan penggunaan data, senarai hitam kontak, mod penjimatan bateri, anti-virus dan juga kebenaran aplikasi untuk mengakses sistem.

 

Mi Remote [ GOOD ]

davSokongan port inframerah dan juga aplikasi pra-pasang Mi Remote membolehkan pengguna untuk menjadikan Mi 5 sebagai alat kawalan jauh universal. Ini bermakna anda boleh mengawal pelbagai peralatan eletrik dan juga elektronik termasuklah Mi TV/Mi Box, TV, penghawa dingin, kipas, penerima A/V, pemain DVD, projektor, set satelit dan juga kamera.

 

 

ZON UJIAN

UJIAN 1 : PRESTASI
ujian-1-prestasiUJIAN 2 : KEPANTASAN STORAN
ujian-2-kepantasan-storanUJIAN 3 : SKRIN
ujian-4-skrinUJIAN 4 : SPEAKER
ujian-3-speakerUJIAN 5 : KAMERA
ujian-5-kameraUJIAN 6 : BATERI
(A) Ketahanan & Masa Mengecas Penuh

ujian-6-bateriWalaupun menyokong teknologi pengecas pantas, prestasi Xiaomi Mi 5 sebenarnya agak jauh ketinggalan berbanding kebanyakan pesaingnya yang juga turut menyokong teknologi tersebut. Ini jelas dapat dilihat melalui masa mengecas penuh yang mengambil masa lebih kurang dua kali ganda berbanding model One Plus 3 dan juga LG G5 yang turut menyokong kapasiti bateri yang sama. Sungguhpun begitu, dari ketahanan bateri, tidak dinafikan lagi Xiaomi Mi 5 adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan ketiga-tiga pesaingnya yang lain.

(B) Masa Mengecas Dunia Sebenar
5:25 pm – mula dicas apabila bateri tinggal 10%
5:25 pm – mula dicas apabila bateri tinggal 10%

Untuk ujian masa mengecas ini, editor telah menggunakan adapter pengecas pantas yang tersedia dalam pakej pembelian Xiaomi Mi 5 yang menyokong tiga output berbeza iaitu 5V/2A, 9V/1.2A atau 12V/1A. Berdasarkan kepada pengalaman editor sendiri, Xiaomi Mi 5 mengambil masa lebih kurang 1 jam 42 minit untuk mengecas dari 0% hingga 100% dalam keadaan peranti dimatikan. Manakala berikut adalah masa mengecas yang telah diambil untuk mengecas Xiaomi Mi 5 yang masih berbaki 10% dalam tempoh sejam dalam keadaan peranti dihidupkan dalam mod penerbangan.

 

5:40 pm – selepas 15 minit, peratusan bateri naik sebanyak 17% kepada 27%
5:40 pm – selepas 15 minit, peratusan bateri naik sebanyak 17% kepada 27%
5:55 pm – selepas 30 minit, peratusan bateri naik sebanyak 35% kepada 45%
5:55 pm – selepas 30 minit, peratusan bateri naik sebanyak 35% kepada 45%

 

6:10 pm – selepas 45 minit, peratusan bateri naik sebanyak 53% kepada 63%
6:10 pm – selepas 45 minit, peratusan bateri naik sebanyak 53% kepada 63%
6:25 pm – selepas 60 minit, peratusan bateri naik sebanyak 71% kepada 81%
6:25 pm – selepas 60 minit, peratusan bateri naik sebanyak 71% kepada 81%

 

APA YANG MENARIK?!

Sokong VoLTE

Untuk pengetahuan anda, Yes 4G merupakan telco tempatan pertama yang menawarkan perkhidmatan VoLTE (Voice over LTE) atau panggilan telefon menggunakan rangkaian 4G LTE berbanding penggunaan rangkaian 2G atau 3G pada telco lain. Sokongan fungsi VoLTE ini bukan sahaja memastikan panggilan berkualiti HD yang jelas dan terang, tetapi masa yang diambil untuk membuat panggilan adalah jauh lebih cepat berbanding panggilan biasa. Xiaomi Mi 5 yang menyokong rangkaian dengan Band 38 dan juga Band 40 ini sememangnya tidak berhadapan sebarang isu untuk menyokong kad SIM Yes 4G dan secara tidak langsung membolehkan anda untuk menggunakan perkhidmatan VoLTE.

Ujian 1: Percubaan menggunakan kad SIM Yes 4G dengan sokongan VoLTE pada Xiaomi Mi 5

ujian-1Editor: Xiaomi Mi 5 tidak berhadapan dengan sebarang isu untuk menyokong fungsi VoLTE pertama yang ditawarkan di negara ini melalui kad SIM Yes 4G. Ini jelas dapat dilihat melalui ikon VoLTE yang dipaparkan pada status bar bersebelahan dengan ikon bateri yang mana mengesahkan sokongan fungsi panggilan yang boleh dibuat melalui sambungan rangkaian 4G LTE. Untuk pengetahuan pembaca, sekiranya peranti yang digunakan tidak menyokong kad SIM Yes 4G dengan sokongan VoLTE, ikon tersebut tidak akan dipaparkan atau peranti itu langsung tidak dapat menyokong kad SIM itu dengan hanya memaparkan ‘NO SERVICE’ ataupun ‘EMERGENCY CALL’.

Ujian 2: Perbandingan masa yang diambil untuk membuat panggilan

ujian-2Editor: Sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini, panggilan yang dibuat dengan sokongan fungsi VoLTE (Voice over LTE) bukan sahaja menjanjikan kualiti audio HD, tetapi proses membuat panggilan atau menerima panggilan juga adalah jauh lebih pantas berbanding panggilan yang dibuat tanpa sokongan VoLTE atau panggilan 2G/3G. Untuk menguji sendiri kepantasan VoLTE pada Xiaomi Mi 5, editor telah menggunakan kad SIM Yes 4G dan juga kad SIM Maxis. Berdasarkan kepada jadual berikut, jelas dapat dilihat kepantasan panggilan yang dibuat menggunakan fungsi VoLTE berbanding panggilan konvensional menggunakan rangkaian 2G ataupun 3G.

Ujian 3: Tidak mengganggu kepantasan Internet ketika membuat atau menerima panggilan
Kelajuan Internet tanpa panggilan
(Kiri) Percubaan 1                           Kelajuan Internet tanpa panggilan                   (Kanan) Percubaan 2

 

Kelajuan Internet ketika membuat panggilan
(Kiri) Percubaan 1              Kelajuan Internet ketika membuat panggilan                (Kanan) Percubaan 2

Editor: Berdasarkan kepada ujian kepantasan Internet yang telah dilakukan, jelas dapat dilihat bahawa kepantasan Internet sedikit pun tidak terganggu walaupun ketika anda sedang membuat panggilan keluar. Ini kerana panggilan VoLTE yang dibuat tidak akan menyebabkan rangkaian Internet anda berubah dari 4G ke 2G atau 3G. Sememangnya panggilan VoLTE ini adalah sangat praktikal dan penting bagi memastikan tiada gangguan rangkaian terutamanya ketika anda sedang memuat turun fail yang besar atau mungkin juga ketika anda sedang memainkan permainan HD yang memerlukan sambungan pantas.

 

Keupayaan Penggambaran

Aspek penggambaran juga turut dititik beratkan pada Xiaomi Mi 5 kerana ia dilengkapi dengan lensa utama beresolusi 16 Megapiksel dengan pelbagai sokongan penggambaran seperti fokus pantas PDAF (Phase Detection Auto Focus), Dual LED Flash dan juga teknologi Penstabilan Imej Optikal (OIS) 4-axis. Bahkan ia juga turut dilengkapi dengan pelbagai mod penggambaran menarik. Manakala lensa depan Xiaomi Mi 5 juga tidak mengecewakan walaupun hanya menyokong resolusi sebesar 4 Megapiksel sahaja, ini kerana ia menyokong saiz piksel yang agak besar iaitu 2 µm (mikron) dengan sokongan Aperture f/2.0.

Info 1: OIS 4-axis

ois-4-axisTeknologi Penstabilan Imej Optikal (OIS) pada Xiaomi Mi 5 sememangnya sangat istimewa kerana ia merupakan peranti pertama di pasaran yang menampilkan sokongan teknologi 4-axis bagi mengatasi isu goncangan pada imej ketika anda ingin mengambil gambar. Ini secara tidak langsung memastikan hasil gambar yang lebih jelas dan terang. Walau bagaimanapun, agak mengecewakan kerana teknologi OIS 4-axis ini hanya berfungsi dalam mod pengambilan gambar sahaja dan ia tidak menyokong mod rakaman video. Bahkan berdasarkan kualiti gambar dan juga rakaman video, Xiaomi Mi 5 sebenarnya masih belum boleh menandingi kualiti peranti yang menyokong kombinasi penstabilan imej OIS dan juga EIS (Electronic Image Stabilization) seperti yang dapat dilihat pada Samsung Galaxy S7 dan S7 edge.

Info 2: Pilihan mod kamera menarik

Xiaomi Mi 5 turut menawarkan beberapa pilihan mod kamera yang menarik untuk dicuba dan ada di antara mod tersebut tidak tersedia pada peranti lain di pasaran.

Mod 1: Straighten
Screenshot viewfinder Hasil gambar
Screenshot viewfinder                                            Hasil gambar

Info: Hasil gambar yang diambil akan sentiasa berada sudut yang tegak walaupun peranti dipegang pada sudut yang senget kerana gambar akan dipotong secara automatik. Sebagai rujukan, hasil gambar asli 16 Megapiksel yang berukuran 4608 x 3456 piksel akan dipotong menjadi 3264 x 2448 piksel atau bersamaan dengan 8 Megapiksel sahaja.

Mod 2: HHT
hht
On                                                                                     Off

Info: Apabila anda mengambil gambar di dalam persekitaran yang kurang cahaya, pengaktifan mod HHT atau Hand Held Twilight akan menjadikan hasil gambar kelihatan lebih terang dengan kejituan warna yang lebih baik. Walau bagaimanapun, tetapan Exposure time dan juga ISO masih dikekalkan sama seperti mod auto.

Mod 3: Tilt-shift
Screenshot viewfinder Hasil gambar
Screenshot viewfinder                                             Hasil gambar

Info: Mod Tilt-shift membolehkan anda mendapatkan hasil gambar dengan efek miniature. Objek yang berada dalam lingkungan fokus akan kelihatan jelas dan bahagian lain akan kelihatan kabur sekaligus memberikan efek yang sangat dramatik. Lebih menariknya, anda boleh melaras saiz fokus dan efek juga boleh digunakan dalam mod menegak atau melintang.

Mod 4: Fish eye
fish-eye
Screenshot viewfinder                                             Hasil gambar

Info: Tanpa perlu menggunakan sebarang peralatan atau lensa tambahan, anda kini boleh menggunakan efek Fish eye melalui mod khas pra-pasang yang disediakan. Mod ini sememangnya sangat sesuai untuk anda yang gemar mengambil gambar dengan efek unik untuk dikongsikan ke laman sosial popular seperti Instagram ataupun Facebook.

 

HASIL GAMBAR

Bokeh
Bokeh

 

KESIMPULAN

Tidak dinafikan Xiaomi Mi 5 merupakan sebuah peranti yang sangat berbaloi untuk dimiliki buat masa ini di pasaran. Dengan harga jualan terbaru RM1399, Xiaomi Mi 5 menyokong spesifikasi yang sangat berkuasa setanding peranti high-end lain di pasaran yang dijual pada harga yang jauh lebih mahal. Bahkan rekaan dan juga saiz kerangka Xiaomi Mi 5 juga menjadi salah satu keistimewaan kerana ia sangat kompak berbanding kebanyakan peranti high-end lain yang tampil dengan saiz skrin dan juga kerangka yang agak besar. Lebih menariknya, ia juga merupakan salah satu daripada peranti yang mampu menyokong kad SIM dengan fungsi VoLTE di negara ini.
Namun begitu, agak mengecewakan kerana Xiaomi Malaysia hanya memperkenalkan Mi 5 dalam versi biasa sahaja untuk pasaran tempatan dan tiada sebarang info untuk mereka membawa masuk versi Pro. Ini kerana Xiaomi Mi 5 ini hanya dikuasakan dengan pemproses MSM8996 Lite yang beroperasi pada kelajuan tertinggi setakat 1.8GHz sahaja, manakala Xiaomi Mi 5 Pro menawarkan pemproses MSM8996 yang lebih berkuasa dengan kelajuan mencecah sehingga 2.15GHz. Selain itu, berdasarkan pengalaman editor sepanjang menggunakan Xiaomi Mi 5, jelas dapat dilihat ia berhadapan dengan isu overheating pada bahagian atas panel belakang dan telah menyebabkan aplikasi ditutup secara automatik sebanyak dua kali. Sungguhpun begitu, isu ini mungkin dapat diatasi melalui penerimaan kemas kini pada masa akan datang.
You might also like