
Aplikasi Cool: PhotoScan, Menyimpan Memori Lama Dalam Format Digital
PhotoScan adalah aplikasi yang patut anda cadang dan kongsikan kepada ibu-bapa anda atau kenalan yang mempunyai banyak gambar bercetak. Google membina aplikasi ini bagi membolehkan anda menyimpan imej-imej tersebut dalam bentuk digital, lantas memanjangkan jangka hayat dan juga bertindak sebagai pendua kepada gambar tersebut.
PhotoScan ditawarkan kepada pengguna Android dan iOS. Untuk mula mengimbas gambar, lancarkan aplikasi dan imbas kepingan gambar yang anda mahu. Selepas snap pertama, viewfinder anda akan memaparkan beberapa titik, gerakkan kamera smartphone anda ke titik tersebut dan ulang sehingga semua titik selesai. Aplikasi akan memproses gambar tersebut bagi menala, warna, kecerahan dan juga kualiti.
Kami mencuba aplikasi ini dengan imej berikut.
Proses tangkapan amat mudah dan pantas
Hasil Gambar



