80 Spesies Pokémon Baru Dilepaskan Ke Dalam Pokémon Go

Generasi kedua Pokémon sudah tiba ke permainan Pokémon Go, dan ia membawa sekali beberapa pembaharuan kepada mekanisme permainan.

Kini anda boleh menangkap spesies Pokémon dari versi Gold dan Silver yang berasal dari daerah Johto. Menurut Niantic, mereka telah pun melepaskan lebih 80 spesies Pokémon baru untuk ditangkap pemain selain membawakan pelbagai pembaharuan kepada permainan. Niantic merangka semula sistem pemburuan Pokémon, item baru dan juga aksesori untuk trainer.

Bagi pemain yang sudah lama meninggalkan permainan ini, sekarang mungkin anda sudah ada sebab untuk bermain semula Pokémon Go kerana terdapat banyak pembaharuan dari segi mekanisme permainan di samping tambahan spesies baru.

You might also like